Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tuntutan Baharu Waris Kesultanan...

KUALA LUMPUR - Percubaan terkini pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk...

Gangguan Bekalan Air Tidak...

SHAH ALAM : Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur mengalami gangguan...

Ibu Bapa, Anak Harus...

KUCHING ā€“ Ibu bapa diminta seiring dalam menguasai teknologi bersama-sama anak mereka, kata...

Kongsi Hadis Palsu, Dr....

AKIBAT kesilapannya berkongsi hadis palsu sebelum ini, penceramah terkenal, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah...

Orang Asli Disaran Serius Ceburi Bidang Pertanian

BERA – Orang Asli disaran menceburi bidang pertanian dan ternakan secara lebih serius kerana bidang berkenaan boleh memberikan pendapatan lumayan jika diusahakan secara sistematik dan komersil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya bersedia memberikan apa juga bantuan yang difikirkan perlu bagi mereka mengusahakan dua bidang itu.

“Orang Asli sudah sinonim dengan bidang pertanian dan ternakan, oleh itu mereka perlu merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan sama ada melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ataupun Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan dengan masyarakat Orang Asli di Bukit Gemuruh, dekat sini hari ini.

Katanya, kerajaan mahu menjelang Rancangan Malaysia Ke-11 kelak masyarakat Orang Asli dapat menjana pendapatan tetap sebulan kira-kira RM5,000 menerusi bidang pertanian dan ternakan.


“Kita akan turut memberikan sekurang-kurangnya 30 ekor lembu secara pawah dan bukan tiga ekor seperti mana sekarang dan ikan pula sekurang-kurang empat buah sangkar (tiap seorang).

Pemberian ternakan dan sangkar yang sedikit tidak akan menepati sasaran dan hanya merugikan sahaja kerana ada petani dan penternak mengambil jalan pintas menjual ternakan tersebut,”katanya.

Terdahulu ketika perjumpaan dengan pemimpin tempatan termasuk Tok Batin Orang Asli sekitar Daerah Bera di Kerayong, beliau mahukan pemimpin dan Tok Batin memberikan penerangan secara lebih teliti kepada masyarakat Orang Asli tentang usaha dan projek pembangunan kerajaan untuk mereka.

Kerajaan katanya, tiada pilih kasih di dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat, malah semua kaum termasuk masyarakat Orang Asli diagih sama rata dan menerima pembangunan sama mengikut bilangan penduduk. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori