Seorang paramedik dipecat serta-merta oleh pegawai kesihatan selepas memuat naik gambar ‘selfie’ yang dianggap kejam dan tidak berhati perut.
Tatiana Kulikova, 25, mengambil beberapa gambar ketika dia sedang bertugas dalam operasi menyelamatkan mangsa yang nazak dalam kemalangan dan mangsa serangan sakit jantung di bandar Kirov, Rusia.
Menerusi gambar yang dikirimkan di laman sosialnya itu, wanita itu dilihat mengambil gambar pesakit dengan menunjukkan jari yang kurang sopan serta ‘selfie’ dirinya dengan menunjukkan simbol ‘peace.’
Kedua-dua gambar tersebut dimuat naik dengan tajuk ‘Another Moron‘ dan ‘How I Hate My Job.’
Kini, pegawai perkhidmatan kecemasan telah memecat pekerjanya yang tidak sensitif pada keadaan itu.
‘Ternyata ianya amat jelas bahawa dia tidak mempedulikan pesakitnya itu semasa dia mengambil gambar tak bertamadun itu,’ kata ahli kempen kesihatan tempatan, Artem Golubev. 40.
‘Tindakannya itu sangat tidak berhati perut dan dia tidak menjaga kebajikan pesakitnya itu sehingga ada yang meninggal dunia selepas gambar itu diambil,’ tambahnya.
Tatiana tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan insiden itu.
Harap-harap di Malaysia semua orang dapat buat kerja dengan seikhlas hati supaya benda-benda seperti ini tidak berlaku sama sekali. -MYNEWHUB.CC