Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Serangan Udara AS Sasar...

WASHINGTON - Amerika Syarikat disertai Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan...

PKB Rancang Bina Rumah...

KUALA LUMPUR - Kampong Bharu akan melalui fasa pembangunan semula dengan pembinaan perumahan...

Sasar 65,000 Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah...

Lelaki Bangladesh Ditahan Salah...

SHAH ALAM – Tindakan sebuah lori sampah mengelak sekatan jalan raya di Persiaran...

Parlimen Australia Bertafakur Kenang MH370

CANBERRA – Parlimen Australia hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati insiden pesawat Malaysian Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang bersama-sama 329 penumpang dan anak kapal yang akan genap setahun pada 8 Mac ini.

Di hadapan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datuk Zainal Abidin Ahmad, dan wakil negara yang terbabit dalam usaha mencari pesawat itu yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Perdana Menteri Tony Abbott berkata, beliau tidak dapat berjanji bahawa misi pencarian akan mengekalkan tahap pencarian besar-besaran seperti tahun lepas.

Namun beliau berjanji kepada keluarga yang mempunyai orang tersayang dalam pesawat itu bahawa misi pencarian diketuai Australia akan terus berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan insiden yang dianggap “satu daripada insiden paling misteri pada ketika ini”.

Walaupun Ahad ini genap setahun pesawat itu hilang, Parlimen Persekutuan memperingati mangsa pada hari ini – hari terakhir Parlimen bersidang sebelum berehat selama seminggu.

Abbott turut menyatakan simpati kepada anggota keluarga bagi “penderitaan” yang mereka harungi selama setahun ini dan mengakui bahawa operasi pencarian setakat ini gagal memberikan jawapan kepada mereka.

“Kami tahu memperingati ulang tahun genap setahun ini sesuatu yang amat menyedihkan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” kata Abbott dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen di seluruh negara.

“Mesej ingin disampaikan Parlimen ini kepada semua keluarga MH370 adalah anda sentiasa dalam doa dan ingatan kami. Kepada anda – dan kepada semua yang mempunyai orang tersayang dalam pesawat itu – janji saya ialah bahawa kami akan mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan ketidaktentuan ini ditamatkan,” kata Abbott sambil menyifatkan operasi pencarian itu merupakan gerakan terbesar seumpamanya dalam sejarah.

Beliau turut memuji usaha pencarian yang merupakan contoh kerjasama luarbiasa peringkat antarabangsa.

Dalam beberapa minggu pertama, 28 pesawat dari Australia, New Zealand, China, Jepun, Malaysia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat menyelesaikan 345 misi mencari di selatan Lautan Hindi, katanya.


Berdasarkan maklumat satelit, penerbangan itu dikatakan telah berpatah balik dan hilang di selatan Lautan Hindi.

Abbott berkata, berikutan rumusan telah dicapai bagi misi pencarian daripada udara dan permukaan laut, Australia telah memulakan pencarian di dasar laut membabitkan kawasan yang amat luas, di kawasan yang tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini.

Beliau berkata, lebih menyukarkan lagi, zon pencarian merupakan satu daripada kawasan laut yang paling bergelora di dunia.

Ketua Pembangkang Bill Shorten berkata semua rakyat Australia bersimpati dengan keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

“Ini kerana semua rakyat Australia tahu betapa sedihnya mereka, kerana kami semua pernah melalui perkara sedih seumpama ini, apa yang Parlimen ini dapat katakan kepada anda hari ini adalah bahawa anda tidak bersendirian.”

– BERNAMA

http://youtu.be/GMKSsbOPzc4

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori