Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Makcik Bawang Putus Lidah...

KATA orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar... Kalau tengah seronok mengutuk orang...

Reaksi Wanita Terhadap Foto...

ISU sensasi melibatkan aktor, Zul Ariffin gara-gara foto menampakkan alat sulit lelaki yang...

Pelajar Malaysia Baca Al-Quran...

KUALA LUMPUR - Walaupun insiden tembakan rambang yang mengorbankan 50 nyawa telah berlaku...

3 Pemandu Lori Treler...

MUAR - Tiga pemandu lori treler cedera apabila lori treler yang dipandu masing-masing...

Tarik Balik Tuduhan Kepada Presiden PAS!

KUALA LUMPUR – PAS memberi amaran parti itu tidak lagi akan menyertai mesyuarat Pakatan Rakyat jika DAP tidak menarik balik semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sangat kecewa dengan tindakan DAP menghina parti itu dan Abdul Hadi dengan membuat pelbagai tuduhan liar.

“PAS melahirkan kekecewaan yang amat sangat terhadap tuduhan liar dan penghinaan ke atas batang tubuh Presiden dan PAS oleh pimpinan tertinggi DAP. PAS menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan.

“Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS melampaui adab dan budaya yang boleh diterima rakyat Malaysia apatah lagi dalam satu gabungan pakatan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini,.


Pimpinan tertinggi DAP sebelum ini menyifatkan PAS dan Presidennya sebagai pengkhianat bersiri ke atas Pakatan Rakyat kerana meneruskan pembentangan cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadap dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden PAS,” kata Tuan Ibrahim. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori