Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

WHO Keluarkan Laporan Jejak...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengeluarkan laporan mengenai asal usul...

Jenazah Zainuddin Maidin Dibawa...

PUTRAJAYA – Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa pulang ke...

Jamin Kuasa Politik Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan Perdana Menteri Malaysia akan tetap dipilih daripada...

Malaysia Dan Masalah Jerebu,...

PEDIH mata, tekak kering, dan hidung terasa ketat, pernahkah anda mengalami gejala-gejala tersebut...

PAS Kekal Di DUN Chempaka Dengan Majoriti 10,092 Undi

KOTA BAHARU — PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka apabila calonnya Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad mengalahkan empat calon bebas, dengan majoriti 10,092 undi.

Ahmad Fathan, Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka memperoleh 10,899 undi, dalam pilihan raya kecil DUN itu hari ini.

Calon bebas iaitu bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood mendapat 807 undi; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin (89 undi); bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary memperolehi (51 undi); dan ahli perniagaan Aslah Mamat (27 undi).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK, Ibrahim Bakri Mat Deris di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini pada 9 malam.

Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon PAS itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Proses pengundian berjalan lancar dengan 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah keluar mengundi berbanding 85.90 peratus pada pilihan raya umum ke-13.


PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz memperoleh 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi.

BN memutuskan tidak bertanding pada PRK kali ini bagi memberi tumpuan kepada kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda bencana luar biasa itu pada Disember tahun lepas.

— BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori