Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerana Sos Tomato, Wanita...

LOS ANGELES - Hanya kerana mendapati sos tomato tidak mencukupi dalam bungkusan pesanan,...

Prototaip Kereta Nasional Ketiga...

KUALA LUMPUR - Prototaip kereta nasional ketiga yang dibangunkan DreamEDGE Sdn. Bhd. sudah...

Lapan Terma Rujukan Bagi...

PUTRAJAYA - Sebanyak lapan terma rujukan digunakan dalam sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan...

Poay Tiong Dakwa DUN...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyung masih milik...

PAS Kelantan Tipu Pakatan Rakyat – PKR

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kerajaan PAS Kelantan tidak menghormati persetujuan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu undang-undang hudud pada 8 Februari lalu.

PKR dalam satu kenyataan menegaskan, wakil PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 8 Februari 2015 memaklumkan rang undang-undang yang bakal dibentangkan kerajaan Kelantan cuma melibatkan pindaan empat perkara ke atas enakmen yang diluluskan pada tahun 1993.

“Bagaimanapun draf yang dibentangkan (kerajaan PAS Kelantan hari ini) bukanlah pindaan empat perkara seperti yang dimaklumkan Mohd. Amar, tetapi pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat.

“Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal tahun 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh pakatan rakyat dalam 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

“PKR kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat pakatan rakyat pada 8 Februari 2015 tidak dihormati sekaligus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai perkara ini,” tegas kenyataan itu hari ini.


Menurut PKR, pakatan rakyat pada tahun 2011 memutuskan pelaksanaan hudud bukan agenda bersama pakatan rakyat tetapi menghormati agenda pelaksanaan hudud menjadi dasar perjuangan PAS sebelum pakatan rakyat ditubuhkan.

Justeru, pakatan rakyat tidak mendesak PAS menggugurkan pelaksanaan hudud daripada agenda parti itu, tetapi sebarang dasar atau pelaksanaan dasar melibatkan pakatan rakyat perlu mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti

“PKR menghormati hak dan pendirian kerajaan Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini di peringkat pakatan rakyat,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori