Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jemaah Haji Malaysia Rasai...

MAKKAH - Sejumlah 650 jemaah haji Malaysia di Tanah Suci berpeluang merasai pengalaman...

Pengendali Umrah Dinasihat Tak...

PUTRAJAYA - Syarikat pengendali pakej umrah dan ziarah dinasihatkan tidak menganjurkan lawatan ke...

USM Tidak Pernah Tawar...

GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) tidak pernah menawarkan pengajian akademik peringkat diploma...

Pemandu Ambulans Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR - Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit COVID-19 dalam satu...

PAS Tak Patut Sertai Pakatan Rakyat Semasa 2008 – DAP

KUALA LUMPUR – DAP mengkritik pendirian yang dibuat Mursyidul Am PAS yang baharu, Datuk Dr. Haron Din berhubung kepentingan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kenyataan Haron bahawa PAS lebih mengutamakan hudud daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat menyimpang daripada pendirian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Mursyidul Am PAS yang baharu menyatakan hudud lebih penting daripada kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Pendirian ini sangat jelas bukan pendirian Nik Abdul Aziz semasa beliau menjadi Mursyidul Am PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Haron semalam menegaskan parti itu lebih mengutamakan hukum Allah iaitu hudud daripada hukum manusia termasuk urusan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak akan berganjak dengan perjuangannya melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan keras DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Kit Siang berkata, Haron menyatakan pendirian itu merupakan pendirian PAS sejak sekian lama, maka jika benar begitu parti tersebut tidak sepatutnya menyertai Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Katanya, jika itu memang pendirian PAS selama ini, maka parti itu tidak sepatutnya mempersetujui dasar bersama Pakatan Rakyat sebelum ini dan menipu pengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 kononnya PAS tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan.

“Satu kesalahan jika PAS menuduh siapa yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud adalah anti-Islam,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori