Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Libasan STL Kembali Lagi

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah...

Seluk Tangan Dalam Seluar:...

JOACHIM Low memohon maaf selepas rakaman siaran langsung televisyen merakam aksinya melakukan perbuatan...

Perompak Cakap ‘Bos Aku...

"PEROMPAK itu cakap 'aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh'....

Kesiannya, Pergi Stadium Hanya...

WALAUPUN semalam pasukan kebangsaan tidak berjaya mengulangi kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF seperti...

Pasukan Kelantan Yakin Mampu Bangkit

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) member jaminan The Red Warriors (TRW) akan cemerlang dalam aksi suku akhir Piala FA menentang pasukan Kuala Lumpur esok.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyokong TRW akan menyaksikan perubahan ke atas Kelantan berikutan `post mortem’ dan evaluasi yang dilakukan terhadap pasukan itu.

“Saya percaya esok TRW cemerlang. Piya, Apek, Farhan, Fakhry, Carillo, Pacho dan lain-lain menjanjikan suatu persembahan yang mantap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar dalam pada itu menegaskan pasukan Kelantan tidak panik diatas prestasi kurang memberangsangkan TRW sejak Liga Malaysia musim ini bermula kerana pasukan lain turut berhadapan dilema serupa.


Beliau mengakui pasukan Kelantan mempunyai tiga pemain yang merupakan penjaring terbanyak dan membawa masuk pemain bintang, tetapi cuma memperoleh empat gol daripada lima perlawanan.

“Ia mencabar minda dan keupayaan. Tidak semudah dijangka. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyahut April ini,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori