Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

78 Maut, 500 Cedera...

BEIJING - Angin kencang, ribut hujan batu, hujan lebat dan puting beliung mengorbankan...

Didakwa Kerana Komen Jelik...

KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

MRSM Kekal Cemerlang, 1,109...

TERBAIK... Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi telah berjaya mencapai prestasi yang...

Abdul Hadi Nafi Konflik...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis...

PATI Semakin Kurang Di Ladang Sayur Di Lojing

GUA MUSANG – Lebih banyak peluang pekerjaan menanti masyarakat Orang Asli di sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini berikutan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin berkurangan di ladang sayur di sini selepas penguatkuasaan berterusan sejak Disember tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Lojing, Rashid Akoh berkata tindakan itu menyebabkan kira-kira separuh daripada 200 pengusaha ladang sayur hampir lumpuh kerana tiada lagi buruh asing bekerja di ladang mereka.

“Langkah pihak berkuasa membanteras PATI itu dapat memberi peluang kepada penduduk Orang Asli bekerja di ladang berkenaan yang sebelum ini dikuasai pekerja asing,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata sebelum ini terdapat ramai buruh asing khususnya dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, namun dalam masa tiga bulan kebelakangan ini bilangan mereka semakin berkurangan.

Sehubungan itu beliau berharap pihak berkuasa akan terus mengekalkan tugas pemantauan untuk menangani masalah PATI di Lojing.


Seorang penduduk Orang Asli, Angah Adam, 43, berkata, pendatang asing itu bukan sahaja bekerja di ladang sayur malah ada yang memandu kenderaan, hingga ke Cameron Highlands, Pahang menghantar sayur-sayuran ke situ.

Beliau berkata walaupun tidak pasti sama ada mereka memiliki lesen memandu atau tidak, tetapi sudah pasti ia menjejaskan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya Orang Asli.

“Kami rasa tenang sikit apabila pendatang asing semakin berkurangan sekitar Pos Brooke (kawasan penempatan Orang Asli) dan Lojing dengan harapan keadaan ini terus berkekalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sentiasa memantau keadaan di Lojing untuk menangani masalah pendatang asing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori