Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Exco Pemuda UMNO Terasa...

BARU-baru ini kecoh mengenai pergaduhan mulut di antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Steven Gerrard Kini Pengurus...

STEVEN Gerrard bersetuju menjadi pengurus Rangers dengan kontrak empat tahun. Legenda Liverpool itu membuat...

Najib Fail Permohonan Prosiding...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan menangguhkan prosiding kes saman...

Kubur Rosak Angkara Babi...

BALING - Tanah Perkuburan Islam di Kampung Charuk Bunting, di sini yang tidak...

6 Kakitangan Kerajaan Sertai IS, Kini Berada Di Syria

MESKIPUN sudah diberi peringatan oleh pihak berkuasa namun masih ada yang mencari ‘bala’ dengan menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Apatah lagi prinsip kekerasan dan keganasan diamalkan kumpulan militan IS, nyata bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Terkini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan seramai enam kakitangan kerajaan dilaporkan menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kini berada di Syria bagi tujuan tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay sendiri, mengesahkan perkara tersebut pada satu sidang media hari ini.

Apa yang mengejutkan, dua rakyat Malaysia didakwa terlibat dalam insiden penyembelihan seorang rakyat Syria yang ditawan kumpulan militan IS tersebut di Syria.

Menurut Ayub Khan, satu rakaman video perihal kejadian itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun bernama Abu Hamzah Al-Fateh yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka dalam laman Facebook pada 22 Februari lalu.


Manakala, seorang lagi individu yang terlibat adalah lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Gurun, Kedah.

“Video ini juga merupakan rakaman video pertama yang kita peroleh dengan menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian.. Facebook milik individu yang menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh ini, juga dikesan masih aktif,” kata Ayub Khan.

Rakaman video berkenaan memaparkan seorang lelaki warga Syria yang disembelih kerana dipercayai menjadi pengintip kerajaan Syria.

– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=XiibqwTF4y0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori