Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mahathir Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat beberapa pemimpin Hamas...

Status Terkini Kejadian Keracunan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian keracunan...

Pornografi Kanak-Kanak: Polis Brazil...

RIO DE JANEIRO - Polis Brazil pada Selasa menahan 40 individu dalam dua...

MB Terengganu Rai Lebih...

KUALA TERENGGANU – Lebih 1,200 anggota Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) diraikan ...

Pegawai Perubatan Didakwa Lakukan Kelucahan Melampau

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap pesakitnya.

Tertuduh Ahmad Fadhil Alias @ Ilias, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Ahmad Fadhil, yang berasal dari Kampung Baru Gong Datuk, Mengabang Telipot, didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap mangsa yang berusia 20 tahun antara pukul 3.15 pagi hingga 4 pagi, 17 Jan lalu di sebuah wad hospital dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Rozianti membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes itu disebut semula pada 7 April depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori