Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Raja Muda’ Kerajaan Jin...

DUNGUN - Lelaki yang mendakwa ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ oleh kerajaan jin di...

Pemandu Van Sekolah Dibebaskan...

Pemandu van sekolah yang ditahan selepas dipercayai melanggar seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh...

Tiada Paksaan Sekolah Laksana...

KUALA LUMPU - Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di sekolah ketika ini bukan paksaan...

315 Pesakit Covid-19 Di...

PUTRAJAYA - Kira-kira enam peratus atau 315 daripada 4,683 pesakit koronavirus (Covid-19) di...

Pelajar Malaysia Di Yemen Berkurung Berikutan Serangan

KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia di Aden, Yemen kini berkurung di kediaman masing-masing berikutan serangan udara diketuai Arab Saudi bersama jiran sekutunya pada pagi Khamis.

Menurut seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Seiyun, Hadhramaut, kira-kira 800 kilometer dari Sana’a, Aden, semua pelajar bertindak sedemikian bagi menjaga keselamatan masing-masing.

“Saya kurang pasti siapa yang mengeluarkan nasihat tersebut, tetapi perkara itu disebar dalam kalangan komuniti pelajar di sini,” katanya kepada Bernama menerusi Facebook.

Beliau yang enggan dikenali menyatakan para pelajar berada dalam keadaan baik.

Buat masa ini, beliau masih tidak berniat untuk meninggalkan Yemen dan mengikuti perkembangan semasa melalui Facebook ‘Persatuan Pelajar Malaysia Yemen’.

Facebook page berkenaan menyatakan kejadian berlaku jauh dari penempatan warga Malaysia di Sana’a.


Laporan asing menyebut serangan dilakukan bagi mengekang kemaraan pemberontak Houthi.

Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi dilapor meninggalkan Aden untuk ke Arab Saudi pada Khamis ketika puak pemberotak bertempur dengan pasukannya di pinggir bandar raya pelabuhan selatan.

Wisma Putra turut memaklumkan warga Malaysia selamat dari serangan, yang disahkan Kedutaan Malaysia di Sana’a. – BERNAMA

https://youtu.be/SO8R4tHGdjU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori