Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Eksport Malaysia Akan Berkembang...

KUALA LUMPUR - Saiz dan nilai eksport Malaysia boleh berkembang apabila cukai barang...

Usul Rujuk Izzah Ke...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Pelajar Kolej Didakwa Beri...

SEPANG - Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir menjadi individu pertama dihadapkan ke...

Sultan Johor Beri Amaran...

ISKANDAR PUTERI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi amaran baginda tidak akan...

Pelan Pemulihan MAS Perlu Akhirannya, Kata Anggota Parlimen

KUALA LUMPUR – Dua Anggota Parlimen menggesa pelaksanaan pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) diteruskan sehingga akhirnya bagi mengembalikan ikon negara itu ke era kegemilangannya.

Menurut Anuar Manap, Anggota Parlimen Sekijang, ‘Sebarang halangan bukan sahaja akan membantutkan pelan penstrukturan MAS, malah kemungkinan mengakibatkan MAS ditutup dan 20,000 petugas hilang pekerjaan.

“Khazanah telah mengatur strategi yang cukup baik, bermula daripada dana untuk mengambil alih MAS, diikuti pelantikan ketua pegawai eksekutif baharu yang kita tahu ada pengalaman yang cukup baik dalam bidang penerbangan. Jadi perkara-perkara ini sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk membantutkan usaha menstrukturkan semula MAS.”

Khazanah dalam laporannya baru-baru ini menyatakan pelan pemulihan 12 perkara yang dilaksanakan selama enam bulan itu telah menunjukkan kemajuan baik dan berada pada landasannya.

Berikutan proses penstrukturan semula MAS, Khazanah menubuhkan pusat pembangunan korporat bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 petugas MAS yang akan diberhentikan.

Bagaimanapun beberapa kesatuan sekerja MAS baru-baru ini membantah pemberhentian 6,000 petugas MAS, dan memberi amaran bahawa mereka akan mengadakan piket. Kesatuan tersebut mendapatkan sokongan daripada kesatuan sekerja yang lain, termasuk mereka yang berpusat di luar negara.

Mengulas mengenai hal ini, Anuar berkata, “Dahulu, tiada pihak tampil ke hadapan untuk membantu semasa MAS menghadapi masalah kewangan dan berdepan muflis.

Khazanah ketika itu bersetuju untuk menyalurkan dana sebanyak RM6 bilion melalui pelan pemulihan 12 perkara untuk kembalikan MAS ke landasan keuntungan.

“Kita harus ingat dana yang disalurkan Khazanah ini adalah untuk mengeluarkan MAS daripada kemelutnya. Dan, dalam usaha pemulihan ini, walaupun 14,000 petugas diperlukan oleh MAS Baharu (MAS NewCo), dalam erti kata lain, diselamatkan, kita harus ingat bahawa nasib 6,000 pekerja yang tidak bersama MAS Baharu masih terbela.”

“Sebarang tindakan seperti berpiket atau menghalang kelancaran pelan pemulihan MAS oleh petugas tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak. Malah boleh menggagalkan pelan pemulihan semula MAS.”

Menurut beliau lagi, MAS hari ini perlu dilihat teguh dan kuat. Sekiranya sumber manusia ataupun jumlah petugas membebankan MAS, bagaimana MAS mampu bergerak pada masa akan datang sebagai sebuah syarikat penerbangan yang kukuh.

Katanya penstrukturan kali ini lebih terperinci dan nasib 6,000 pekerja MAS yang akan diberhentikan, turut dibela.

Petugas yang diberhentikan akan mendapat akses kepada latihan serta penempatan yang disediakan pusat pembangunan korporat menjelang tarikh surat pemberhentian dikeluarkan pada 1 Jun ini.

Program penempatan tersebut mengambil kira semua aspek isu transisi kerjaya bagi menampung keperluan petugas terbabit, iaitu mereka yang mahu bersara, mereka yang mahu menjadi usahawan dan mereka yang mencari pekerja baharu.

Ia merangkumi bidang seperti kewangan, perancangan persaraan, panduan kerjaya dan kaunseling, hubungan dengan bakal perekrut dan perkongsian dengan badan berkanun yang berpotensi.


“Jadi mereka ini tidak terus dibuang, tetapi diberikan pilihan, bukan satu, tetapi malah dua atau tiga pilihan lain. Akhirnya, mereka ini akan nampak tetap terbela, tidaklah bermaksud tidak bekerja dengan MAS selepas ini, ia akan jadi pengakhiran kepada kerjaya mereka,” kata Anuar.

Tambah beliau lagi, “Mungkin ada ruang yang lebih baik setelah berlakunya proses penstrukturan ini, tapi saya yakin kalau pekerja MAS boleh bersabar, faham dan tidak terlalu terburu-buru, saya kira tindakan seperti ini akhirnya akan merosakkan, bukan sahaja mereka, malah institusi MAS itu sendiri.”

Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Anggota Parlimen Setiawangsa, pula menegaskan bahawa RM6 bilion wang rakyat iaitu pembayar cukai, yang digunakan untuk menyelamatkan MAS, tidak boleh diambil mudah.

Menurut Ahmad Fauzi ini adalah kali terakhir kerajaan mampu menyelamatkan MAS.

Katanya kerajaan telah menunjukkan kesungguhan untuk menyelamatkan MAS, rakyat telah memberi kesempatan sekali lagi, melalui kerajaan yang ada untuk menyelamatkan MAS.

“Oleh sebab itu, pengurusan dan pekerja MAS, dalam apa bidang sekali pun, harus mengambil iktibar untuk menjalankan penstrukturan ini buat kali terakhirnya bagi menyelamatkan MAS dan mengembalikannya kepada zaman kegemilangan MAS yang dulu,” katanya.

Fauzi berkata bagi 6,000 petugas MAS yang akan diberhentikan, pengurusan MAS perlu memberi dan memaklumkan secara teratur, terperinci dan terancang supaya tidak berlaku kekeliruan dan kerisauan antara mereka.

Beliau turut menyarankan agar 14,000 petugas yang tinggal selepas MAS Baharu, memberi kerjasama sepenuhnya kepada CEO baharu mereka untuk memastikan kejayaan pemulihan MAS ini.

“Saya ingin mengulas mengenai CEO baharu MAS, Christopher Mueller. Beliau saya umpamakan seperti pemain bola, penyerang macam Ronaldinho ataupun David Beckham, sehandal mana beliau bermain bola, namun sekiranya beliau tidak menerima sokongan daripada 14,000 pekerja yang tinggal selepas 6,000 diberhentikan, pastinya tidak mampu.

“Beri kesempatan kepada Mueller untuk menyelamatkan MAS bersama-sama pekerja yang tinggal untuk membolehkan pelan penstrukturan ini berjaya.”

Pada masa yang sama, Ahmad Fauzi juga menasihatkan petugas yang terlibat supaya tidak mendengar cakap-cakap luar.

“Yang penting ialah apakah yang akan diberitahu secara rasmi oleh MAS. Oleh itu, saya mohon mereka yang terlibat ini bersabar sehingga diberitahu secara rasmi oleh pihak pengurusan MAS,” katanya.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori