Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tulisan Jawi Dalam Buku...

KLANG – Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan berhubung dengan pertikaian mengenai cadangan pengenalan...

Aplikasi Perbankan Malaysia Pertama...

HONG LEONG Bank Berhad menjadi bank pertama di Malaysia yang mengumumkan sokongan untuk jam...

FAM Tubuh Badan Khas...

KELANA JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menubuhkan satu badan khas...

Caliph Buskers – Sogo...

Semalam, heboh diperkatakan mengenai penahanan aktivis Adam Adli kerana memberi ucapan dalam perhimpunan...

Pelawak Zulin Aziz Kini Tampil Berhijab

ALHAMDULILAH…. nampaknya bulan ini melakarkan sejarah buat artis-artis tempatan kita seperti Hanis Zalikha, Elfira Loy, Rozita Che Wan dan terbaru kepada pelawak dan pengacara terkenal Zulin Aziz yang kini tampil dengan imej baru, manis berhijab.

Alhamdulilah.. Rozita Che Wan Kini Sudah Berhijab

Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 25 mengakui dirinya sudah lama menyimpan niat untuk berhijab ini dan dia ternyata gembira berjaya melaksanakan hasratnya itu.

Zulin Aziz yang cukup sinonim dengan lawak gila-gilanya berkata perubahan imej ini bukan kerana dia ingin berkahwin atau mengikut trend semata-mata namun berasaskan bagi memenuhi tuntutan agama.

“Saya rasa mengapa melengahkan perkara baik dan kenapa meletakkan tudung sebagai halangan dalam bekerja. Saya turut meminta pandangan ustaz berhubung hal ini dan beliau menasihatkan saya untuk meneruskan niat itu.


“Tudung itu bukan sekadar fesyen kerana ia adalah perkara wajib. Namun saya akui masih baru bertudung dan bukanlah berubah secara drastik serta menjaga tingkah laku bersesuaian dengan imej bertudung ini,” kata Zulin.

Pada masa yang sama, bekas pengacara Melodi ini turut mendapat galakkan daripada pengurus dan rakan baiknya dalam bidang seni membuatkan gadis ini tekad untuk bertudung litup.

Sementara itu, Zulin yang sering bergandingan dengan Sherry Al Hadad berharap keputusannya ini tidak menjadi halangan untuk dia terus berkarya dalam bidang industri hiburan.

Semoga Zurin terus istiqamah dengan penghijrahan terbarunya ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori