Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wow! Agen Seks Cara...

30 tahun dahulu, Bukit Bintang (BB) sinonim sebagai kawasan beli-belah didominasi masyarakat Cina....

Kotak, Beg Berisi Wang...

KUALA LUMPUR - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil...

Kesetiaan Dan Pengorbanan Faktor...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said percaya...

Bekalan Ikan Pulih Mulai...

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan bekalan ikan yang...

Pellegrini Bertahan Tak Mahu ‘Dibuang’ Oleh City

LONDON – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini menegaskan dia bercadang untuk terus menyudahkan kontrak di Eastlands sekali pun jika juara Liga Perdana Inggeris itu menyerahkan mahkota kepada Chelsea, musim ini.

Pengendali dari Chile kebelakangan ini dikecam di atas prestasi hambar Man City yang menyaksikan impian mempertahankan gelaran liga semakin tipis.

Kini, harapan yang masih ada ialah dalam Liga Juara-juara selepas Citizens tewas kepada Barcelona 2-1 dalam perlawanan pertama 16 terakhir.

Kontrak Pellegrini berakhir pada 2016 dan dia yakin mampu kekal di Etihad untuk semusim lagi tanpa mengambil kira penyudahan pasukan, musim ini.

“Masa depan saya adalah mudah. Saya ada kontrak sehingga Jun 2016 dan mahu menghabiskan tempoh itu di sini. Jika saya boleh menyambung kontrak, saya akan melakukannya.


“Apabila saya menandatangani kontrak saya mahu menyempurnakan tempoh berkenaan.”

Apa pun dia mengerti ada kecenderungan untuk City memecat pengurus yang pernah memenangi gelaran seperti mana yang pernah menimpa Roberto Mancini hanya dua tahun lalu.

Tambahan, ada perkhabaran bahawa Pellegrini mungkin berpindah ke Napoli.

Ketika City tertekan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Chelsea apa yang jelas Pellegrini ghairah mahu mencari kemenangan dan ia akan bermula awal pagi ini menentang Burnley. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori