Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

75 MP Pembangkang Desak...

KUALA LUMPUR: Seramai 75 Ahli Parlimen pembangkang hari ini mendesak Jabatan Peguam Negara...

Fesyen ‘Berani’ Tasha Shilla...

NAMPAKNYA persalinan yang digayakan pelakon Tasha Shilla sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila aktres...

Agihan Pendapatan ASB 5.00...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera...

Polis Tahan Pasangan Suami...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas 48 ketulan mampat...

Pemandu Jengkaut Maut Dihempap Bongkah Batu

IPOH – Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap bongkah batu ketika sedang melakukan kerja di sebuah kuari di Sungai Raya, Keramat Pulai di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu itu, mangsa Kanian a/l karuppaian, 59, terpengkap dan tersepit dalam kenderaan terbabit selepas dihempap bongkah batu berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 9.27 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa tersepit dalam jengkaut yang dikendalikannya akibat dihempap batu besar.

“Mangsa lelaki berbangsa India berusia 59 tahun, didapati tersepit di bahagian tempat pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian.


“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan seramai 11 pegawai dan anggota Bomba Simpang Pulai menggunakan peralatan menyelamat termasuk bantuan sebuah jengkaut lain untuk menarik batu besar yang menghempap mangsa.

“Operasi tamat pada jam 10.50 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori