KUALA LUMPUR – Pemandu wanita bas Rapid KL, Surahyu Abu Hussein, 44, antara mereka yang menerima surat penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana diiktiraf sebagai pemandu berhemah bersempena Kempen Ops Selamat 6/2015.
Rapid Bus Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan media memberitahu, seorang lagi pemandu bas Rapid KL yang menerima anugerah itu ialah Lee Chan Heng, berusia 50 tahun.
“Menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Surahyu dan Chan Heng antara 15 penerima anugerah untuk program Pengguna Jalan Raya Berhemah yang meliputi pemandu bas dan kereta serta penunggang motosikal,” kata kenyataan itu hari ini.
Surahyu yang merupakan ibu kepada tiga anak dalam kenyataan sama menjelaskan, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip, pemandu bas merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana membantu orang ramai menyempurnakan urusan mereka.
Justeru, katanya, beliau berasa bangga melakukan pekerjaan tersebut tetapi mengakui bekerja sebagai pemandu bas mempunyai banyak cabaran termasuk dimarahi oleh penumpang.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āMasalah terbesar adalah para pemandu lain yang tidak bertimbang rasa. Banyak yang memandu seperi tiada undang-undang, mengubah lorong sesuka hati, meletak kereta sesuka hati di bahu jalan, berhenti di petak kuning atau menggunakan lorong kecemasan.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āAkibatnya, keadaan lalu lintas menjadi sesak dan kereta semua susah nak jalan. Apabila bas lambat, kita yang memandu bas menjadi sasaran kemarahan para penumpang. Selalu kena maki hamun. Kita bersabar sahaja,” katanya.
Chan Heng turut memaklumkan cabaran serupa dihadapinya tetapi tetap berbangga dengan pekerjaan itu kerana dapat menolong ramai orang.
“Banyak juga pelanggan yang menghargai kita sebagai pemandu bas. Naik bas, dia orang tegur kita dengan baik. Tetapi, ada juga yang suka marah-marah. Ini semua kita perlu hadapi setiap hari,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya. – mynewshub.cc