Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sarjan Polis Maut Dengan...

REMBAU : Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan pada kepala di pejabat...

VIDEO: ‘Prank’ Isteri Cakap...

TINDAKAN prank adakalanya boleh mencetuskan amarah, namun prank yang berlaku kepada wanita bernama...

Kes Saman Ismail Sabri...

KUALA LUMPUR - Kes saman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk...

KUIS Buka Peluang Sambung...

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) kini membuka peluang kepada pelajar...

Pembangkang Biadap Pakai Serba Hitam – Zambry

IPOH — Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
menyifatkan tindakan semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang
berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri hari
ini sebagai biadab dan tidak menghormati institusi Diraja.

Zambry turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Adun pembangkang
yang tidak menghormati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang pada hari
ini mencatatkan sejarah keberangkatan pertama baginda ke Dewan Undangan Negeri
selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan.

Menurut beliau, perbezaan yang wujud antara kerajaan dan pembangkang tidak
perlu dipanjangkan sehingga ke tahap memalukan Sultan.

“Hari ini merupakan majlis istiadat pembukaan dewan yang memerlukan mereka )
memakai pakaian seperti sebelum ini, tetapi mengapa hari ini jadi begini, apa
pun alasan yang mereka berikan saya tidak terima sama sekali.
    
“Pembangkang memakai serba hitam melambangkan kematian, kesedihan, kegelapan
dan berkabung,” katanya kepada pemberita selepas istiadat itu hari ini.

Zambry berkata tindakan biadab Adun pembangkang itu juga menyebabkan Sultan
Nazrin menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

Ditanya adakah Sultan Nazrin Shah murka dengan tindakan Adun terbabit,
menteri besar berkata: “Saya tidak berhak mengatakan Sultan murka atau tidak
tetapi kita tahu tindakan tiada sesi bergambar dan sebagainya, kita boleh baca
dan sangat mengejutkan baginda.

“Tuanku amat berharap sesi bergambar diadakan kerana pertama kali baginda
dengan penuh bersejarah merasmikan Dewan Undangan Negeri dan dalam titah ucapan,
tuanku menyebut hari ini adalah pembukaan dewan yang bersejarah bagi baginda
selaku seorang Sultan,” katanya.


Beliau berkata kemungkinan Adun pembangkang itu akan memohon maaf kepada
Sultan Nazrin Shah atas keterlanjuran mereka tetapi perbuatan memakai pakaian
serba hitam telah memperlihatkan sikap sebenar mereka.

“Rakyat akan lihat watak mereka ini… mungkin dia nak elak daripada isu
lain, ini strategi mereka, tetapi janganlah sampai perkara yang tidak
sewajarnya dipolitikkan turut dipolitikkan,” katanya.

Sejumlah 26 Adun pembangkang tiba di perkarangan bangunan Perak Darul
Ridzuan pagi tadi, secara berkumpulan dengan berpakaian serba hitam.

Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Ketua Pembangkang Perak, Datuk
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakan mereka memakai pakaian serba
hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga
barang kini dan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) esok,
katanya.– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori