Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peluang Peniaga Melayu Bersama...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) membuka lebih peluang kebersamaan untuk...

Ikhwan Kool FM Akui...

SETELAH dua kali putus tunang, pengacara dan penyampai radio Kool FM iaitu Ikhwan...

Remaja ‘Sangkut’ Sejam Dalam...

HUANGSHI (China) - Seorang remaja di sini terselamat walaupun tandas awam yang digunakannya...

Skuad Hoki Wanita Negara...

KUALA LUMPUR - Pasukan hoki wanita negara berakhir di kedudukan tercorot tempat ke-10 pada pusingan Separuh Akhir Liga...

Pemilihan Semula MIC Diteruskan – Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR – Pemilihan semula MIC yang dijadual bermula April hingga Jun ini seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap diteruskan biarpun beberapa isu berkaitan kemelut parti itu kini dirujuk ke mahkamah.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata tindakan seorang pemimpin MIC mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah ROS sebelum ini tidak akan menjejaskan perjalanan pemilihan semula itu.

“Proses itu (semakan kehakiman) mungkin akan berpanjangan…mungkin akan sampai sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Kita akan teruskan pemilihan biarpun proses mahkamah ini sedang berjalan,” katanya.

Apa yang utama bagi Subramaniam adalah krisis melanda parti terbesar India itu yang sudah berlarutan lebih tiga bulan perlu diselesaikan segera dan kaedah terbaik adalah menyegerakan pemilihan semula.

Malah beliau berkata, tindakan itu juga selari dengan keputusan kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang mahu supaya MIC mengikut arahan ditetapkan ROS.

“(Pendirian) Perdana Menteri (yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak) sangat konsisten, dia hanya kata ikut arahan ROS dan kita sedang lakukan (itu),” katanya pada majlis taklimat krisis MIC bersama media di sini, hari ini.

Beliau juga menegaskan penyelesaian kaedah lain termasuk mengadakan perjumpaan semula pemimpin MIC pada saat ini disifatkannya sudah terlalu lewat.


Pengarah Strategik MIC, K Ramalingam baru-baru ini mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berhubung tindakan dan kenyataan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu terhadap MIC.

Subramaniam turut menempelak sikap presiden parti itu, Datuk Seri G Palanivel yang disifatkan telah memilih untuk melengah-lengahkan usaha penyelesaian kemelut dalam parti itu.

Katanya, jika berdasarkan arahan ROS menerusi surat pada 5 Disember lalu, sepatutnya krisis yang melanda MIC kini sudah dapat diselesaikan bersandarkan tempoh 90 hari diberikan sebelum ini.

Ditanya apakah beliau mampu merebut jawatan presiden parti pada pemilihan semula kelak, Subramaniam hanya menjawab: “Perwakilan akan umbi akan menilai apa yang sudah dibuat Palanivel dalam tempoh lima tahun ini.” – Berita Harian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori