Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Konvensyen Warga Felda Didalangi...

KUALA LUMPUR - Bendahari Konvensyen Warga Felda, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh tidak...

Kerajaan Tidak Setuju Goldman...

BANGKOK - Cadangan bayaran ganti rugi bernilai AS$2 bilion oleh Goldmand Sachs kepada...

Pelakon Berstatus Janda Ditangkap...

Kuala Lumpur - Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi, melakukan kunjungan hormat ke atas...

Pemimpin UMNO Sabah Diingat Semak Daftar Pemilih

KOTA KINABALU – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mengingatkan semua pemimpin parti itu di peringkat cawangan dan bahagian agar lebih kerap menyemak daftar pemilih di kawasan masing-masing bagi memastikan ia dikemas kini.

Katanya, semakan itu penting dilakukan kerana ia merupakan antara strategi untuk mengukuhkan parti UMNO.

Menurutnya, ia juga bagi memastikan nama pengundi di kawasan berkenaan tidak hilang atau dipindah keluar dari kawasan asal dan tiada pengundi luar yang dibawa masuk.

Selain itu, semakan secara kerap juga dapat memastikan nama pemilih yang didaftarkan masih berkelayakan sekali gus mengelak masalah timbul sewaktu pilihan raya kelak.


“Dahulu daftar pemilih dibuat setahun sekali dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bulan semakan daftar pemilih, tapi kini setiap hari pun kita dapat menyemak status daftar pemilih,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, Jumaat malam.

Dalam pada itu, Yahya berkata anggota UMNO perlu bekerja secara proaktif sebagai persiapan jentera pilihan raya di kawasan masing-masing.

“Tahun 2015 anggota UMNO perlu bekerja bersungguh-sungguh mulai sekarang bagi memperkuatkan parti dengan menambah ahli di setiap peringkat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori