Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Pelajar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

24 Maut Kenderaan Dinaiki...

BAMAKO - Seramai 24 orang termasuk beberapa ibu dan bayi mereka maut apabila...

Kelab Bola Keranjang Papar...

KELAB bola keranjang Jerman, Bayern Munich telah dikecam kerana poster `seksis' yang memaparkan...

Pekebun Kecil Raih Pendapatan...

PASIR MAS - Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bertegas bahawa hasil tanaman...

Poster Pemuda DAP Anjur Program Pertikai Hudud Tersebar

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP (Dapsy) mendakwa ada pihak memfitnah parti itu melalui penyebaran poster program bertajuk Simposium Hudud: Satu Realiti.

Ahli Majlis Eksekutif Dapsy , Dyana Sofya Mohd. Daud berkata, poster program palsu itu disebarkan secara meluas di media sosial.

“Poster tersebut memaparkan Dapsy sebagai salah satu organisasi yang menganjurkan simposium tersebut.

“Ia turut mempaparkan saya, dua ahli DAP, Young Syefura, Melati Rahim dan penyampai video BFM, Aisyah Tajuddin sebagai panel jemputan. Kedua-dua kenyataan ini tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dyana Sofya berkata, Dapsy tidak pernah berniat untuk menganjurkan simposium tersebut dan keempat-empat individu terbabit tidak pernah menerima sebarang jemputan.


Beliau menyifatkan kewujudan poster itu berniat jahat dan ingin menimbulkan huru-hara dan kemarahan orang ramai ke atas Dapsy.

“Dapsy menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/0FB0tC2RVw4

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hudud

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori