Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tiada Sebab Tahan...

KUALA LUMPUR - Penganjur dan peserta #KitaLawan harus dibebaskan kerana perhimpunan itu berlangsung...

Catatan Facebook Nga Kor...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia...

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut...

Kuala Lumpur : Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan...

Remaja Gian Tunjuk Zakar...

DALAM beberapa kejadian yang berlaku di Singapura, seorang remaja lelaki dianggarkan berumur lingkungan...

Pemuda PAS Johor Temui PPD Kulai Jaya

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Johor telah mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai Jaya berhubung isu seorang pelajar perempuan beragama Islam dipaksa memakai seluar pendek semasa menyertai acara lumba jalan kaki.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, pertemuan itu diadakan dengan Pegawai PPD Kulai Jaya, Ishak Mahbob hari ini.

“Berdasarkan perbincangan, Pemuda PAS Johor berpendapat perlu ada penambaikan terhadap aturan pakaian dalam aktiviti sukan sesuai dengan acuan agama, budaya dan masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mynewshub.cc semalam melaporkan tindakan penganjur sebuah kejohanan sukan di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek semasa menyertai acara lumba jalan kaki bertentangan dengan syariat Islam.


Suhaizan yang mendedahkan perkara itu dipetik berkata, pelajar perempuan itu tidak semestinya perlu memakai seluar pendek semata-mata untuk memastikan pengadil perlawanan itu dapat melihat lengkukkan lutut peserta.

Menurut beliau, pihak penganjur sepatutnya meminta pelajar perempuan terbabit memakai set lengkap ketat berwarna gelap dan berseluar pendek yang longgar. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori