Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DAP Dakwa Pelajar SK...

KUALA LUMPUR - DAP secara tidak berasas menyalahkan Kementerian Pendidikan berikutan kematian seorang...

TNB Peruntuk RM50 Juta...

KUALA KRAI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Jabatan Senggaraan Aset Bahagian Penghantaran...

Bekalan Minyak Masak Di...

MACHANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan...

A Samad Said Masuk...

GUA MUSANG – Sasterawan Negara, A. Samad Said secara rasmi menamatkan desas-desus yang...

Pemuda PAS Yakin Haron Din Mampu Menyatukan PAS

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yakin Mursyidul Am PAS yang baharu, Datuk Dr. Haron Din dapat menyatukan semula ahli PAS.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat berkata, Haron mampu meneruskan agenda tarbiyah, dakwah dan siyasah politik PAS di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Sebagai seorang tokoh ilmuan yang dihormati kawan dan lawan, pelantikan beliau dilihat sebagai satu inisiatif untuk menyatukan saf anggota dan pimpinan PAS.

“Mudah-mudahan dengan pelantikan ini juga PAS akan terus kukuh dan bersatu-padu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Haron sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Febuari lalu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pula dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan Haron.

Nik Abdul Aziz memegang jawatan tersebut sejak 25 Ogos 1995 sehingga Februari lalu selepas menggantikan Mursyidul Am PAS pertama, Yusof Rawa. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori