Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tindakan 5 Anggota Keluar...

SUNGAI BESAR - Tindakan lima anggota UMNO kawasan Sungai Besar menyertai PAS petang...

Kisah Sayu Seorang Nenek...

PADA masa kini memang merupakan satu pemandangan yang biasa sekiranya ternampak sekumpulan orang...

Mula Di Pasar Tani,...

SIKIT-sikit lama-lama jadi bukit, Mungkin itu pepatah yang paling sesuai untuk merujuk kepada...

Ed Sheeran Kahwini Teman...

PENYANYI dan penulis lirik dari Britain, Ed Sheeran mengahwini teman wanitanya, Cherry Seaborn...

Pemuda UMNO Minta SPAD Tangguhkan Kenaikan Tambang

MELAKA – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta menangguhkan dahulu langkah menaikkan tambang pengangkutan awam yang dilihat tidak tepat dengan keadaan semasa dan membebankan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata tindakan SPAD dilihat satu ‘kesilapan’ kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, SPAD seharusnya lebih prihatin dengan nasib rakyat terutama dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April depan.

“Mengapa kenaikan kadar tambang pengangkutan awam perlu diumumkan kurang dua minggu sebelum GST dilaksanakan? Kita harap ia ditangguhkan kerana masanya tidak tepat.

“SPAD digesa kaji semula keputusan itu dan buat keputusan terbaik kerana apabila diumumkan kenaikan itu bukan hanya pembangkang tidak bersetuju tetapi pemimpin UMNO serta kerajaan juga mempersoalkan dan mengkritik tindakan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Sukan Pemuda UMNO Malaysia di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar pada Khamis berkaitan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta-merta manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei depan.

Khairy berkata pelbagai pihak lain turut digesa menangguhkan sebarang kenaikan tambang atau tarif sehingga rakyat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baharu selepas GST dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata penganjuran karnival sukan melibatkan Pemuda UMNO merupakan medium terbaik untuk menarik lebih ramai kalangan pemuda di negara ini menyertai sayap UMNO itu pada masa depan.


Beliau berkata, ia kerana Pemuda UMNO menyasarkan sebanyak 120,000 keanggotaan baharu sepanjang tahun ini.

“Ini bukanlah satu sasaran yang kecil kalau purata penambahan ahli baharu tiap-tiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini kita hanya menambah dalam 20,000 ahli sahaja,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan turut menganjurkan liga bola sepak dan sepak takraw serta pertandingan silat dalam masa terdekat bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Terdahulu, perasmian karnival tiga hari itu dilakukan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan lebih 1,000 atlet dari 14 negeri terlibat dalam enam acara sukan iaitu sepak takraw, paintball, badminton, boling, futsal dan bola sepak sembilan sebelah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori