Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Fokus Atasi Isu...

KUCHING – Kementerian Utiliti Sarawak akan memfokus kepada kawasan-kawasan yang kini terjejas dengan...

Sotong Goreng Kicap Mudah...

Jom kita tengok resepi sotong goreng kicap yang mudah tapi sangat sedap, ia...

Kerani Ditemui Lemas Di...

SEREMBAN - Seorang kerani di sebuah kelab golf di Bahau ditemui lemas di...

6 Nelayan Asing Diberkas...

KEMAMAN - Sebuah bot nelayan asing bersama enam krew termasuk seorang tekong diberkas...

Penafian PetroSaudi Jawab Persoalan Mengenai 1MDB – KJ

GEORGE TOWN – Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan penafian syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak PetroSaudi International (PSI) berhubung isu salah laku urus niaga dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dapat menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada syarikat itu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata penafian yang dibuat syarikat PetroSaudi itu juga dapat menjawab pelbagai tuduhan yang dibuat berkenaan dengan satu transaksi pelaburan yang melibatkan dana 1MDB dengan syarikat itu.

“Saya harap bahawa penafian itu betul sebab ia dapat menjawab pelbagai tuduhan yang telah dibuat berkenaan satu transaksi pelaburan yang melibatkan dana daripada 1MDB dan syarikat berkenaan (PetroSaudi),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program “Mountain Bike Jamboree Balik Pulau” di Balik Pulau, dekat sini, hari ini .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh syarikat PetroSaudi semalam yang menolak kritikan dalam talian berhubung terdapat salah laku mengenai perkongsian kedua-dua syarikat tersebut.

Jurucakap PetroSaudi yang tidak dinamakan dilaporkan sebagai berkata sebarang kenyataan mengenai salah laku dalam dakwaan dalam talian mengenai perkongsian adalah palsu semata-mata dan semua modal yang dilaburkan oleh 1MDB telah dikembalikan dengan keuntungan.


Mengulas lanjut Khairy berkata menerusi penjelasan itu pihaknya berharap perkara tersebut dapat disiasat oleh Ketua Audit Negara.

“Perkara ini sudah menjadi soal kepentingan umum, kita tidak mahu isu 1MDB ini terus menjadi bahan spekulasi.

“Sekiranya berlaku penyelewengan dalam apa saja urus niaga berkenaan 1MDB, kita harap perkara tersebut dapat didedahkan dalam siasatan yang bakal dibuat, sekiranya tidak ada apa-apa bukti maka kita perlu memberi ruang kepada pengurusan 1MDB untuk meneruskan perancangan mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori