Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gempar Google Earth Berjaya...

SEMALAM seluruh dunia gempar apabila ramai netizen tular berkongsi berita gembira konon aplikasi...

Polis Sahkan Sirul Azhar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober...

Denggi Pembunuh, Tapi Mesej...

PETALING JAYA - Mesej bahawa seseorang itu boleh mengalami kegagalan organ atau mati...

Agong Berkenan Sampai Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Penanam Tembikai Di Setiu Mengeluh Harga Tembikai Jatuh

KUALA TERENGGANU – Pengusaha kebun tembikai di daerah Setiu dekat sini, mengeluh ekoran kejatuhan harga dipercayai akibat lambakan buah itu dari luar Terengganu.

Pengurus Syarikat Cegah Padu Enterprise Shaifull Azli Muhamed berkata harga tembikai jatuh sehingga 50 sen sekilogram (sekg) pada masa kini berbanding RM1.20 sekg pada awal tahun.

“Harga buah tembikai di ladang sekarang ini benar-benar merunsingkan kami,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang menguruskan syarikat berasaskan pertanian itu berkata kemerosotan harga itu mungkin berlaku ekoran banyak buah tembikai daripada luar terutamanya dari Kelantan memasuki Terengganu.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berwajib memberikan sedikit perhatian terhadap perkara itu agar penanam tembikai tidak gulung tikar.


Shaifull Azly berkata, apa yang menyedihkan ialah buah tembikai tidak dapat dihantar ke Kuala Lumpur kerana kos penghantaran lebih tinggi daripada harga ladang.

“Mahu tidak mahu, kita terpaksa edar di pasaran tempatan atau kepada peraih,” katanya.

Menyentuh mengenai cuaca panas, beliau yang turut mengusahakan tanaman seperti terung dan cili merah berkata keadaan cuaca setakat ini tidak menjejaskan tanaman kerana bekalan air mencukupi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori