Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Model Tahan Bau Jijik...

SEORANG model terkenal yang terpaksa memakai baju dibuat daripada daging mentah untuk majalah,...

Tiada Jalan Pintas Untuk...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu tidak wujud ‘jalan pintas’...

Speaker Dewan Negara Usir...

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pagi Selasa...

Bodyguard Salman Khan ‘Belasah’...

SEORANG peminat setia bintang Bollywood terkenal Salman Khan mengalami mimpi buruk apabila tindakannya hendak...

Penduduk Gempar Temui Bayi Lelaki Di Hadapan Rumah

Orang ramai telah dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki di dalam sebuah kotak berserta kelambu di hadapan sebuah rumah penduduk kampung di Sungai Petani awal pagi semalam.

baby 1.jpgWM2

Berdasarkan kesan tanggal tali pusat yang masih baru, bayi tersebut dianggarkan baru berusia seminggu.

Bayi yang berpakaian lengkap itu ditinggalkan bersama sepucuk surat yang ditulis kepada keluarga barunya itu.

Menerusi isi kandungan surat tersebut mendapati keluarga bayi ini tidak mampu menjaganya kerana menghadapi masalah kewangan.

Mungkin ditingalkan oleh ibunya yang terdesak dan buntu.

Kita tidak tahu apa kisah sebenar di sebalik perbuatan itu namun ia jauh lebih mulia daripada membuang bayi di tempat yang bukan-bukan sehingga mengakibatkan kematian.

Penulis tidak mengalakan perbuatan seperti ini, tetapi ia lebih elok daripada dibuang dalam tandas atau sungai dan sebagainya.


baby 3.jpgWM

“Assalamualaikum encik. Saya memohon maaf kerana meletakkan anak saya di rumah encik sekeluarga. Saya tidak mampu membesarkan anak ini atas sebab kewangan dan keluarga saya tidak kenal encik sekeluarga, tetapi saya amat berharap encik sudi memberi perlindungan kepada anak saya atas apa cara sekali pun. Saya amat gembira jika encik sekeluarga sudi  membesarkan anak ini seperti anak encik sendiri, saya berjanji atas nama Allah saya tidak akan kembali di masa hadapan untuk mengambil anak saya kembali, saya memohon jasa baik encik sekeluarga untuk menjaga dan membesarkan dia. Terima Kasih.”

Itulah yang tercatat dalam isi kandungan surat berkenaan dan difahamkan siasatan mengenai bayi ini masih dijalankan bagi mensahihkan berita ini.

Kejadian yang disedari ketika penduduk ingin mengerjakan solat subuh itu tersebar melalui aplikasi whatsapp.

– MYNEWSHUB.CC

baby 2.jpgWM23

https://www.youtube.com/watch?v=vb-yYWzw2rk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori