Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Bukan Jaja Cerita, Hanya...

BARU-BARU ini bapa kepada aktres, Elfira iaitu Ahmad Sabri Ariffin meminta penyanyi, Sufian...

3 Kali Dirompak, Ayu...

BERIKUTAN kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini, pelakon Ayu Raudhah mengakui...

Banjir Di Johor Makin...

JOHOR BAHRU : Mangsa banjir di Johor naik mendadak kepada 7,981 penduduk daripada...

Polis Tahan 8 Individu...

PENDANG - Lapan individu yang sedang leka bermain judi belangkas di kawasan kebun...

Penganggur Didakwa Ugut, Cedera Pemandu Lori

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mengugut dan mencederakan pemandu lori menggunakan sebilah parang minggu lepas.

Abdul Rashid Akramullah, 51, didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mohd Ropaei Baharon, 48, dengan melibas menggunakan belakang parang berukuran 70 sentimeter di hadapan rumah Blok A-3-1 Projek Perumahan Rakyat Pekan Batu, Batu 5 Jalan Ipoh, pada 12 tengah malam, 23 Februari lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Abdul Rashid didakwa dengan sengaja mencederakan Mohd Ropaei sehingga menyebabkan belakang betis kaki kiri mangsa bengkak, pada tarikh dan lokasi yang sama.


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kedua-dua pertuduhan itu, namun Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 1 April untuk sebutan semula. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori