Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah Di Malaysia Terus...

KUALA LUMPUR ā€“ Malaysia menghadapi kekurangan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan ramai,...

PAN Sedia Letak Calon...

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) bersedia mengetengahkan calon dalam kalangan masyarakat...

Noriah Sempat Telefon Anak...

BUKIT MERTAJAM - Noriah Kasa, 40, mangsa yang maut dalam kemalangan bas kilang...

Sony Xperia C3 Mula...

Sony Xperia C3, peranti mesra selfie kini mula dijual di Malaysia pada harga...

Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh Wanita Dalam Pantang

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang di rumahnya, awal bulan ini.

Mohd Azmirul Shamsuddin, 35, didakwa membunuh Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 23, di sebuah rumah di Apartment Menteri Court, Sungai Way, Petaling Jaya di sini, pada 8.22 malam, 4 Mac lepas.

Tertuduh yang berbaju kemeja-T hijau berlengan pendek mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Azmirul sebelum ini ditahan reman pada 5 Mac lepas hingga semalam bagi membantu siasatan berhubung kes wanita itu yang baru sahaja dua bulan lalu melahirkan anak dan dijumpai mati dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayi lelakinya.

Bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=tzy3wYK2GYE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori