Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Sam & Syatilla...

SIAPA yang tidak teruja apabila anak yang dikandung memberikan senyuman ketika melakukan imbasan...

Rita Rudaini Dedah No...

PELAKON sensasi, Rita Rudaini mengambil jalan paling berani apabila mendedahkan nombor telefon individu yang sering...

Pelajar MCKK Juara Pidato...

IPOH - Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, Mohamad Razeikh Md Rizal muncul Johan...

BR1M Bakal Diteruskan Dalam...

KUALA LUMPUR - Program Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan kerana kerajaan komited melaksanakannya,...

Pengawal Keselamatan Dipenjara Kerana Cederakan Rakan

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan warganegara Nepal dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan rakan serumahnya.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu ke atas Servador, 37 kerana mencederakan Yam Bahadur Gharty, 30, juga warga Nepal, di 41-2-2 Blok Q Taman Sri Kuching, Sentul, di sini, pukul 1 pagi, 3 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian tertuduh yang dalam keadaan mabuk telah masuk ke bilik pengadu dan mencederakan pengadu menggunakan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.


Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan tertuduh telah mencederakan mangsa hingga boleh menyebabkan kematian.

Selain itu, Servador juga dihukum penjara lima bulan kerana tidak mempunyai permit masuk atau pas yang sah untuk berada di negara ini dan mahkamah memerintahkan Servador menjalani hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu secara serentak dari tarikh tangkap iaitu pada 3 Mac. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori