Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Imej-Imej Sebelum Dan Selepas...

Masalah ketagihan dadah tidak mengenal pangkat, darjat ataupun warna kulit. Lebih mengejutkan, terdapat...

Ahmad Dhani Bebas Dari...

AKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dibebaskan hari ini dari penjara Cipinang...

11 Ditahan Tipu Jual...

KUALA LUMPUR - Sebelas suspek kes penipuan jual beli tanah melibatkan kerugian berjumlah...

Datuk Azlin Alias Sanggup...

KUALA LUMPUR - Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri...

Penggangur Didakwa Miliki Senjata Tiruan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan peluru tiruan, awal bulan ini.

S. Vijayaraj Naidu, 20, dituduh memiliki senjata dan peluru sepucuk pistol tiruan jenis Glock beserta sarung pistol tanpa lesen atau permit, yang diletakkan di bawah tempat duduk penumpang sebelah pemandu sebuah kereta, di kawasan letak kereta Blok 3, Taman Desa Cheras, Cheras di sini pada 10 pagi, 3 Mac lepas.

Tertuduh yang diwakili peguam Tharamjit Singh didakwa mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori