Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Diana Amir Nama Anak...

Setelah sekian lama menunggu, pelakon dan pengacara jelita, Diana Amir dan suaminya akhirnya...

Ratu Filipina Dinobat Miss...

BANGKOK - Wakil Filipina, Catriona Gray, 24, dinobatkan sebagai Miss Universe 2018, dalam...

‘Makcik Gelang Pink’ Dijel...

'MAKCIK gelang pink' dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari dan denda RM8,000 oleh...

Johor Contoh Peneraju Wakaf...

JOHOR BAHRU - Kejayaan kerajaan Johor dalam menjayakan pelbagai program wakaf untuk dinikmati...

Pengundian PRK DUN Chempaka Berlangsung Hari Ini

KOTA BHARU – Sembilan sekolah di sini mula dibuka jam 8 pagi tadi untuk membolehkan 20,390 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Sembilan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri Chempaka.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga jam 5 petang.

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.


Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.

Pada proses pengundian awal pada 18 Mac lepas, sejumlah 35.40 peratus atau 530 orang daripada 1,497 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada PRK ini kerana memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori