Solo – Seorang lagi penyamun bermotosikal mati selepas diserang orang ramai walaupun polis berusaha menghalang kejadian seumpama itu.
Kejadian terbaru berlaku semalam di Sukoharjo apabila dua penunggang motosikal cuba disamun oleh seorang lelaki yang juga bermotosikal.
Mangsa, Muhammad Rosyid dan rakannya, Indah berkata, mereka berhenti selepas motosikal yang ditunggang rosak.
Mereka bagaimanapun didekati seorang lelaki bersenjata sabit yang mahu menyamun. Tetapi orang ramai yang ada di sekitar kawasan menyerang lelaki berkenaan dan memukulnya hingga mati. – Agensi