Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suami YouTuber Sensasi Ditahan...

IPOH - Suami yang juga pasangan YouTuber sensasi ditahan polis kerana disyaki mencederakan...

Presiden China Ucap Tahniah...

BEIJING - Presiden China, Xi Jinping pada Isnin telah menghantar mesej ucapan tahniah...

Sadis… Jari Terpotong, Doktor...

SUDAHLAH jari telunjuknya putus, yang lebih sadisnya doktor hanya memberikan satu hari sahaja...

PPDNHEP Selangor Tumpaskan Sindiket...

SHAH ALAM - Kegiatan satu sindiket menjalankan aktiviti pembelian diesel secara tidak sah...

Penyelia Kilang Teruja Miliki Koleksi Setem Khas Kemahkotaan

JOHOR BAHRU – Seorang penyelia kilang di sini merasa bertuah kerana menjadi antara orang terawal di bandar raya ini memiliki koleksi setem khas dikeluarkan Pos Malaysia Bhd bersempena Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

S.Jega, 52, berasal dari Kulaijaya berkata usahanya menunggu di Pejabat Pos Besar di sini sejak 10.30 malam tadi berbaloi apabila berjaya membeli empat set lengkap setem berkenaan, selepas dua kali beratur.

“Saya tidak kisah keluar awal dari rumah semata-mata untuk mendapatkan koleksi ini. Memandangkan hanya dua set dibenarkan bagi setiap pembelian, saya kemudian beratur semula untuk membeli dua set lagi,” katanya yang ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Jega, yang mula mengumpul setem sejak berumur 17 tahun berkata keluaran setem kemahkotaan berkenaan merupakan sesuatu yang amat ditunggu bagi melengkapkan koleksinya.

Dia yang memiliki lebih 1,000 keping sampul Surat Hari Pertama turut menyifatkan pembelian setem itu sebagai membuktikan rasa kecintaan terhadap Sultan Johor dan negeri Johor.

Sementara itu, seorang warga emas, Mad Esa Denan, 74, pula sanggup memandu kira-kira 100 kilometer dari Kluang ke bandar raya ini semata-mata mahu mendapatkan setem khas terbabit di Pejabat Pos Besar.

Mad Esa yang merupakan pencinta setem sejak tahun 1958 dan kini memiliki lebih 50 album berkata dia sanggup keluar rumah seawal 4 pagi kerana tidak mahu ketinggalan dalam melengkapkan koleksinya.


“Bukan saya tidak mahu beli (setem) di Pejabat Pos Kluang. Saya beli di Pejabat Pos Besar kerana mahukan Sampul Surat Hari Pertama itu bercop di sini kerana peristiwa kemahkotaan berlaku di bandar raya ini,” katanya.

Menyifatkan pengumpulan setem sebagai ‘saham’, pesara kerajaan itu berkata menjadi kebiasaannya untuk membeli setem keluaran khas malah pernah ke Pahang dan kerap ke ibu negara bagi memenuhi hobinya itu.

Sementara itu, tinjauan di Pejabat Pos Besar berkenaan mendapati ratusan orang ramai beratur untuk mendapatkan setem memaparkan potret Sultan Johor itu yang direka Dekan Fakulti Seni Industri dan Teknologi Reka Bentuk, Universiti Selangor, Prof Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob.

Pejabat Pos Besar dilihat membuka tiga kaunter bagi memudahkan orang ramai berurusan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori