Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Pekan Desak Mahfuz...

PEKAN - UMNO Bahagian Pekan hari ini, mendesak supaya anggota Parlimen Pokok Sena,...

Guan Eng Gagal Pindahkan...

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menerima hakikat bahawa...

Mahathir Mahu Sabah, Sarawak...

KUCHING - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu Sarawak dan Sabah menimbang...

Wanita Berjaya Selamatkan Diri...

SEORANG wanita dari Engkilili, Sarawak berjaya menyelamatkan diri daripada dibaham buaya di Sungai...

Penyerang Tempatan Sukar Dapat Tempat – Norfarhan

PENYERANG terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 dan 2014, Norfarhan Muhammad mengakui penyerang tempatan kini sukar mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan masing-masing dalam saingan Liga Super atau Liga Perdana.

Ia berikutan kecenderungan jurulatih-jurulatih pasukan untuk menurunkan dua penyerang import secara serentak pada setiap perlawanan liga sepanjang empat aksi awal liga musim ini.

Namun Norfarhan, 31, yang pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali dialaminya ketika aksi sulung Liga Super bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Paroi, 7 Februari lalu mahu menyahut cabaran merebut semula tempat dalam kesebelasan utama Kelantan bagi memastikan namanya kembali disenarai dalam skuad Harimau Malaya.

“Saya terlepas dua perlawanan liga bertemu PDRM dan Lions XII tetapi dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi Piala FA bertemu Sarawak dan hanya di bangku simpanan bertemu Perak, Jumaat lalu. Saya sudah pulih sepenuhnya, sedia untuk diturunkan bertemu FELDA United, Sabtu ini.

“Memang perlu diakui, kami penyerang tempatan kini agak sukar untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama kerana hampir semua pasukan menggunakan dua penyerang import. Jadi peluang penyerang tempatan membuktikan kemampuan agak terbatas.

“Dalam pasukan Kelantan sendiri pun, kami mempunyai dua penyerang import iaitu Erwin Carrillo dan Emmanuel Kenmogne.


“Jadi penyerang tempatan tulen terpaksa mengisi posisi pemain sayap kiri atau kanan,” kata Norfarhan ketika ditemui pada majlis pelancaran kasut larian terbaharu Puma Ignite di 1 Utama, Bandar Utama, di sini, pagi tadi.

Turut hadir, rakan sepasukannya yang juga penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, tiga pemain Pahang – Khairul Azhan Khalid, Azammuddin Akil dan Azidan Sarudin serta pemain tengah FELDA United, Shahrulnizam Mustapa.

Ditanya apa perlu dilakukan para penyerang tempatan agar masalah ‘tiada tempat’ ini tidak berlarutan, bekas penyerang Terengganu musim lalu itu berkata: “Pemain tempatan sendiri perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Saya sendiri sebagai contoh, turut perlu meningkatkan tahap permainan dan jika diturunkan, kena buat yang terbaik.”

Dalam pada itu, kasut larian Puma Ignite yang dilancarkan secara global di New York, 12 Februari lalu boleh didapati di semua rangkaian pengedar dan kedai barangan Puma di seluruh Malaysia bermula hari ini pada harga RM429. – Berita Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori