Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Individu Saman PTPTN,...

PETALING JAYA - Lima individu memfailkan saman terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Kain Rentang Desak Zahid...

SHAH ALAM - Pemasangan kain rentang yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr...

SPAN Belum Terima Permohonan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih belum menerima permohonan daripada...

Shahrizat Turun Padang, Pelakon...

TUMPAT (Kelantan) - Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari...

Perdagangan Malaysia-Jepun Cecah RM137.45 Bilion

TOKYO – Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun mencecah RM137.45 bilion (AS$42 bilion) pada 2014, peningkatan sebanyak 1.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, eksport adalah sebanyak RM82.71 bilion (AS$25.6 bilion), naik 4.4 peratus manakala import berkurangan kepada RM54.75 bilion (AS$16.74 bilion) iaitu penurunan sebanyak 2.9 peratus.

Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris, berkata eksport utama Malaysia ke Jepun adalah gas asli cecair (LNG), produk elektrik dan elektronik serta produk berasaskan kimia.

Beliau berkata, barangan import utama Malaysia dari Jepun pula adalah elektrik dan elektronik, peralatan mesin, alat-alat ganti dan aksesori kenderaan serta kereta.

“Jepun adalah rakan perdagangan ketiga terbesar negara selepas Cina dan Singapura,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Ahmad Izlan berkata, dalam aspek pelaburan pula, Jepun adalah antara pelabur asing terbesar di Malaysia di mana sehingga 31 Disember 2013, sebanyak 2,510 projek pelaburan oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$22.7 bilion.

“Pelaburan ini juga telah mewujudkan sebanyak 332,352 peluang pekerjaan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga September 2014 sebanyak 47 projek yang melibatkan syarikat Jepun telah diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10.65 bilion (AS$3.26 bilion).


“Projek ini dijangka mewujudkan sebanyak 6,874 peluang pekerjaan,” katanya.

Ahmad Izlan berkata, sehingga kini terdapat 1,400 syarikat Jepun yang sedang beroperasi di Malaysia.

“Sektor yang berpotensi bagi pelabur Jepun di Malaysia adalah teknologi hijau, industri berteknologi tinggi, bioteknologi, elektronik canggih dan industri automotif,” katanya.

Menurutnya, bagi sektor pelancongan, Jepun adalah satu daripada pasaran kemasukan pelancong ke Malaysia dengan bilangan pelancong dari negara itu yang melawat Malaysia pada 2014 berjumlah 553,106.

“Tourism Malaysia menyasar 600,000 orang dari Jepun melawat Malaysia tahun ini. Bagi pelancong Malaysia ke Jepun pula, kira-kira 251,000 tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan Jepun mempunyai hubungan yang sangat erat terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

“Hubungan antara Malaysia dan Jepun adalah rapat, dan telah terjalin sejak tahun 1957,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • jepun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori