Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Test-Test, Line Clear… ‘Akak’...

ROGOL, bunuh, rompak, mencuri... Semua tu dah macam perkara biasa yang sering berlaku...

Kerajaan Tidak Terikat Dengan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak terikat kepada sebarang pandangan atau keputusan yang dibuat...

RM2j Tambahan Untuk PPRT,...

KOTA KINABALU - Kerajaan pusat akan menambah RM2 juta peruntukan bagi Projek Perumahan...

Pemilik Kelab Malam Dipenjara...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh...

Perhimpunan Berunsur Hasutan Menyalahi Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Sebarang perhimpunan berunsur hasutan adalah menyalahi undang-undang negara dan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur yang menganjurkan perhimpunan seperti itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam aspek perhimpunan aman, polis akan memudahkan mereka seperti mereka dibenarkan menyuarakan apa jua pandangan dan tindakan, tapi perlu ada hadnya.

“Kalau mereka berhimpun untuk sesuatu tujuan yang menyalahi undang-undang, contohnya berhimpun memaksa dan mengugut kerajaan untuk melakukan sesuatu hal, itu adalah salah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan KarnivalJabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mengadakan perhimpunan kemuncak #KitaLawan Sabtu ini (7 Mac) kononnya bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Noor Rashid berkata perhimpunan yang menyalahi undang-undang itu boleh ditakrifkan mengikut Seksyen 141, 142 dan 143 Kanun Keseksaan.

Beliau menambah perhimpunan itu boleh dianggap menyalahi undang-undang kerana segala percakapan dan tindakan yang berbentuk hasutan, akan melanggar undang-undang sedia ada.


“Kami akan pantau … kami memudahkan urusan mereka untuk melakukan perhimpunan, pada masa sama, polis akan bertindak tegas jika sebaliknya berlaku,” kata Noor Rashid.

Pada 27 Feb lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Zainol turut mencadangkan kawasan Padang Merbok dan beberapa kawasan lain untuk diadakan perhimpunan itu dan bersedia membantu bagi memudahkan mereka dari aspek keselamatan dan lalu lintas.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori