Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Dirogol 4 Lelaki Dalam...

TINDAKAN berani seorang remaja perempuan berusia 15 tahun keluar bersama seorang lelaki yang...

Penggawa Mukim Yala Ditembak...

YALA - Dua penyerang bersenjata menembak mati seorang penggawa ketika beliau pulang dari...

Tajaan RM1 Juta Untuk...

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima tajaan...

Suruhanjaya Siasatan Diraja Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja mengenai dakwaan salah...

GST – Senarai Barang Yang Dijanji Turun

UMUM mengetahui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April kelak.

Walaupun ada pihak yang mengaitkan perlaksaan GST akan menaikan kadar inflasi negara termasuklah dari ‘pemerhati kerajaan’ yang dilihat sangat menentang, perkara ini telah dijelaskan sebaiknya oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

maslan

Beliau dilihat bersungguh-sungguh memberikan pelbagai penjelasan dan jaminan kerajaan berkaitan kebaikan GST dari segi pembangunan ekonomi dan kepentingan yang seterusnya mengurangkan bebanan rakyat.

Ya, antara perkara paling utama kesan perlaksanaan GST ialah memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Rakyat seharusnya akan menerima manfaat apabila GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Sebagai contoh, rakyat hanya perlu membayar GST enam peratus sahaja ketika menjamu selera di restoran makanan segera seperti di KFC, McDonals dan sebagainya berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi yang dikenakan sekarang.

Serta jaminan kerajaan terhadap pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas yang merupakan faktor penting yang dilihat amat melegakan semua pihak.

Pelbagai lagi kebaikan-kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh kepada negara seterusnya dimanfaatkan kepada pengguna.

Memetik daripada laman Twitternya,  Ahmad Maslan ada menyenaraikan beberapa perkara seperti harga perabot, barangan elektrik, pakaian, serta barangan dapur akan turun setelah GST berkuatkuasa.

Memang seronok mendengar benda-benda ini bakal turun harga.

masalan


Namun apa yang dikhuatiri ialah adakah kebanyakkan daripada kesan GST adalah baik seperti apa yang dijanjikan oleh Ahmad Maslan?

Apakah benar periuk belanga, alat dapur dan macam-macam turun harga?

Jangan hanya sedap didengar tetapi realiti sebenar bukan sebegitu nanti.

Harap Ahmad Maslan tahu risiko atas janji-janji yang beliau sebutkan berulang-ulang kali.

Moga ia diperkuatkan dengan asas yang telah dikaji dan bukannya dengan lojik sendiri kononnya dua jenis cukai ditamatkan maka GST akan menyebabkan barangan tertentu turun harga.

Jika tidak berlaku seperti yang diwar-warkan?

Bukankah kita semua tahu akan berlaku manipulasi di kalangan peniaga yang mengambil kesempatan.

Bagaimana kerajaan akan memantau dan memastikan semua barang yang sepatutnya turun harga akibat GST, akan benar-benar turun?

Rakyat pastinya akan mengungkit kembali apa yang diperkatakan sekiranya hasil sesetengah dari ‘perjanjian’ yang disebutkan tidak seperti yang dicanang.

Kita bukan bersikap menolak GST, tetapi kesan pelaksanaan mestilah minima ke atas rakyat dan apa yang telah diperkatakan, seharusnya dikotakan sebaiknya atau dipastikan benar-benar terjadi.

-MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori