Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PATI Indonesia Rogol Rompak...

KLANG  – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang lolos daripada...

Grab, Razer, AirAsia Antara...

KUALA LUMPUR - Kumpulan perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab; firma perjudian, Razer; AirAsia; syarikat...

MAIWP Jumpa Wakil UA...

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan pertemuan dengan wakil enam...

Keretapi Tergelincir: Terburuk Dalam...

BATU GAJAH — Kejadian tren kargo tergelincir di KM200.283 di Kampung Bakap berhampiran...

Persembahan Udara TUDM Buka Tirai LIMA’15

LANGKAWI – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) bermula hari ini dengan persembahan udara yang dramatik oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara kira-kira 10,000 pengunjung yang berpusu-pusu ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk menyaksikan persembahan dimulai dengan pengenalan dua jet pejuang F/A-18 Hornets sebelum disusuli penerbangan lintas oleh lima jet pejuang Sukhoi 30-MKM.

Enam jet pejuang Hawk 108/208 dan tiga helikopter EC725 turut menyertai pertunjukan bagi menghiburkan orang ramai dengan formasi yang menakjubkan.

Penerbangan lintas pesawat pengangkut tentera Airbus A400M, aset terbaharu TUDM yang diiringi beberapa jet pejuang mengakhiri upacara perasmian LIMA edisi ke-13 ini.


Selain MIEC, venue utama penganjuran segmen pameran aeroangkasa LIMA ’15, pameran maritim akan juga diadakan di Awana Porto Malai.

LIMA’15 akan berlangsung sehingga Sabtu ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori