Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Pharmaniaga Jamin Bekalan...

SHAH ALAM - Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) memberi jaminan bekalan ubat-ubat ke semua hospital...

Anwar Enggan Layan Desakan...

GEORGETOWN - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, enggan melayan desakan sekumpulan Ahli...

3 Maut Kemalangan Dua...

MUAR - Tiga maut dalam kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah bas ekspres...

Video: Budak Nangis Teresak-Esak...

TINDAKAN seorang guru yang menjerit dan menengking anak didiknya dalam kejadian di sebuah pusat...

Pertahanan T-Team Tekad Sekat Kemaraan JDT II

KUALA TERENGGANU – Pemain pertahanan pasukan T-Team, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan bertekad menyekat jentera serangan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam esok.

Beliau berkata kemenangan dalam pertembungan menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa kempen Piala FA minggu lalu menjadi penyuntik semangat kepada pasukan bagi terus mencatatkan kemenangan.

“Ini adalah azam kami di mana kita ingin melakar kemenangan sulung dalam Liga Perdana, sekali gus mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

“Kita akui pasukan JDT II merupakan sebuah pasukan yang kuat tetapi ia tidak melemahkan semangat pemain untuk mempamerkan aksi terbaik dan menumpaskan pasukan lawan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penajaan Kopi Super Jantan yang merupakan salah satu penaja bagi pasukan T-Team.

Md Hassan berkata benteng pertahanan T-Team juga kelihatan semakin serasi di bawah kendalian ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.


Jelasnya, barisan pemain perlu memberi tumpuan ketika waktu perlawanan kelak agar tidak melakukan kesilapan mudah hingga memberi ruang kepada pasukan lawan mencipta jaringan.

Mengulas mengenai gandingan bersama kapten pasukan yang merupakan pemain import, Faramola David Oniya, beliau mengakui ia banyak mendewasakan permainan di atas padang.

“Dia (Oniya) bukan sahaja bertindak sebagai kapten pasukan tetapi banyak memberi tunjuk ajar kepada para pemain dan tidak teragak-agak untuk mencurahkan ilmu kepada para pemain serta bertindak tegas semasa permainan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori