Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Sahabat Maut Kemalangan...

KUANTAN : Dua sahabat maut selepas motosikal dinaiki mereka ketika keluar beraya bertembung...

2 Pesawat Bergesel Sayap...

MONTREAL - Dua pesawat penumpang bergesel sayap dan rosak teruk di Lapangan Terbang...

23 Pemandu Bas Dipecat...

PUTRAJAYA - Semua 23 pemandu bas Nadiputra yang diberikan surat penamatan perkhidmatan secara mengejut...

Ismail Sabri Kekal Ketua...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Ketua Pembangkang, walaupun...

Pertumbuhan Ekonomi Negara Masih Positif – Muhyiddin

MUAR – Kadar pertumbuhan ekonomi negara masih positif walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pembangunan negara tidak terjejas dengan projek pembangunan tetap berjalan seperti biasa.

“Pertumbuhan ekonomi negara masih positif dengan kadar pertumbuhan enam peratus pada tahun lalu tetapi tahun ini turun sedikit, dan ia masih positif.

“Sesetengah negara, negatif. Negatif bermakna tidak ada pertumbuhan, rakyat tidak ada kerja dan tidak ada pelaburan. Di Malaysia, nilai pelaburan yang masuk adalah lebih RM200 bilion iaitu yang paling tinggi,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Seri Pekembar di sini.

Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Kabinet Menangani Kos Sara Hidup, berkata kerajaan akan memastikan rakyat dapat dibantu dengan baik dalam menangani isu itu.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah perlu dengan mengumumkan penurunan harga barangan untuk membantu rakyat,” katanya.


Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April ini, Muhyiddin mahu rakyat memahami sebab sistem percukaian baharu itu dilaksanakan.

Katanya, sebahagian besar negara maju telah lama melaksanakan cukai itu yang juga satu sistem percukaian yang lebih baik.

“Kita ada banyak pengecualian barangan yang tidak akan dikenakan CBP. Apa yang kerajaan lakukan ini adalah untuk kebaikan rakyat akhirnya,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya membuat aduan kepada KPDNKK jika terdapat mana-mana peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori