JAKARTA – Berbeza dengan penunjuk perasaan pembangkang Malaysia yang menerima ganjaran RM150 setiap kali mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur selain pelbagai insentif menarik lain, nasib perusuh jalanan di ibu kota Indonesia jauh lebik teruk.
Tidak seperti gerakan reformasi 1998 menyebabkan Presiden Muhammad Suharto ‘tumbang’ apabila peserta demonstrasi dapat upah lumayan oleh pihak asing, kali ini perusuh cuma mampu terima habuan jauh lebih kecil tidak setimpal kerja keras mereka.
Perkara itu didedahkan beberapa pemimpin badan tempatan dikenali Masyarakat Anti Korupsi (Mars) yang sanggup bersusah payah melakukan aksi ‘terbaik’ tunjuk perasaan di depan Balai Kota, ibu pejabat pentadbiran daerah ibu kota Jakarta pada Isnin.
Sudahlah demonstrasi itu gagal mendapat sambutan apabila hanya disertai sekumpulan kecil perusuh tegar, mereka cuma dibayar 50,000 rupiah (RM15) untuk menunjuk perasaan selama tiga jam bermula dari pukul 11 pagi dan berakhir aman begitu sahaja.
“Kami diminta demonstrasi bagi bantah kenyataan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang gelar masyarakat Betawi sebagai lembu ketika berucap di Bogor, tetapi apa yang kami dapat hanya penat jerit berpeluh di tengah panas,†kata pemimpin itu.
Mereka berucap dengan mikrofon secara lantang mendakwa kegagalan rusuhan itu ekoran upah kecil untuk peserta yang amat tidak berbaloi, malah tidak dapat bertemu Basuki untuk menyerahkan memorandum protes selain hampir tertinggal solat zohor berjemaah.
Pemimpin Mars itu juga kecewa dengan Front Pembela Islam (FPI) yang berjanji ikut serta sebagaimana kebiasaan Mars menyokong semua demonstrasi anjuran FPI selama ini, tetapi tidak muncul kerana faktor waktu zohor masuk kebetulan pukul 11.57 pagi.
“Kita hanya dapat 50,000 rupiah untuk teriak tidak dapat jumpa Basuki, bahkan gagal solat zohor awal waktu, sudah kerugian dua kali ganda,†kata seorang pemidato Mars ketika bersuara lantang dari bumbung sebuah lori kecil dekat pintu masuk Balai Kota.
Pemimpin Mars itu tanpa berselindung menegaskan, dia pernah beberapa kali masuk penjara termasuk pada hari raya Aidilfitri untuk membuat rusuhan tetapi kecewa FPI tidak hadir ‘memeriahkan’ demonstrasi yang berakhir menjelang pukul 2 petang. – Agensi