Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Piala AFC: Pahang Mahu...

KUANTAN - Pahang berazam mencatatkan kemenangan pada perlawanan menentang Istikol FC esok, meskipun...

Pendakap Gigi Palsu Undang...

PENGGUNAAN pendakap gigi yang palsu atau pemasangan pendakap gigi oleh individu yang tidak...

Individu Enggan Bayar Caj...

KUALA LUMPUR - Mereka yang pulang ke tanah air dan enggan membayar caj kuarantin atau...

Warga Emas Bebas Tuduhan...

PETALING JAYA - Seorang warga emas menarik nafas lega selepas Mahkamah Majistret di...

Gara-Gara Penumpang Mabuk, Pesawat Patah Balik Ke Melbourne

MELBOURNE – Keadaan seorang penumpang yang tidak dikawal memaksa sebuah pesawat Jetstar berpatah balik ke Melbourne pada Ahad selepas membuat penerbangan selama sejam.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan pesawat JQ968 itu dalam penerbangannya ke Perth, terpaksa berpatah balik selepas ia melalui Adelaine dan kembali ke Melbourne pada kira-kira pukul 1.40 pagi waktu tempatan.

Penumpang tersebut di bawah pengaruh alkohol dan ditangkap kerana merokok sebanyak dua kali, kata seorang kru kabin kepada beberapa penumpang lain.

“Kita membawa pesawat yang mengandungi bahan api, di mana 10 kali lebih mudah terbakar berbanding bahan api untuk kereta, jadi ianya atas sebab keselamatan (keputusan untuk pesawat berpatah balik),” katanya.

Akhbar itu memetik seorang saksi sebagai berkata, lelaki itu kelihatan mabuk sebelum dia menaiki penerbangan tersebut.

Sewaktu ketibaan di Melborune, lelaki itu dibawa keluar dari pesawat itu oleh Polis Persekutuan Australia.


Syarikat penerbangan itu berkata, penumpang yang tidak terkawal itu telah disenaraikan dalam “senarai tidak boleh menaiki perbangan” yang melarangnya untuk terbang menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan Qantas Group, termasuk Jetstar sehingga notis selanjutnya diumumkan.

“Malangnya, ia berlaku dalam tempoh sejam penerbangan apabila penumpang tersebut membuat gangguan,” kata seorang jurucakap dipetik sebagai berkata.

“Kami menyesali di atas tindakan penumpang tersebut yang mengganggu rancangan penerbangan para penumpang lain,” tambahnya.

– The Straits Times/ANN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori