Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Akta 355 Bakal Dipinda,...

KOTA BHARU - Kerajaan bercadang untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih...

Penembak Kolej Di Oregon...

ROSEBURG - Lelaki bersenjata berusia 26 tahun yang dipercayai suspek kejadian tembakan di...

Polis Patahkan Cubaan Seludup...

ALOR SETAR - Polis menggagalkan cubaan tiga individu dipercayai keldai dadah untuk menyeludup...

Perkhidmatan Rakyat Kerjasama Penjawat...

PUTRAJAYA - Penyampaian perkhidmatan untuk rakyat akan menjadi lebih baik melalui jalinan kerjasama...

Peserta #‎kitalawan Ganggu Hidup Orang Lain – Gerakan

KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan mendesak pihak polis bertindak tegas ke atas penganjur perhimpunan haram ‪#‎kitalawan‬ di ibu negara semalam kerana mengganggu kehidupan masyarakat negara ini.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, polis perlu bertindak jika tidak mahu demostrasi jalanan seperti itu terus berulang di negara ini.

“Penganjur #KitaLawan sepatutnya menghormati sistem demokrasi negara ini. Mereka tiada hak untuk mengganggu kehidupan orang lain,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Liang berkata, perhimpunan haram itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di ibu negara terutama sekitar Sogo dan KLCC.

Menurutnya, perhimpunan #KitaLawan bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjejaskan golongan peniaga.

Tegas beliau, peserta perhimpunan itu yang cuma mewakili 0.01 peratus bilangan rakyat Malaysia tidak melambangkan masyarakat negara ini.


“Peserta #KitaLawan perlu faham bahawa Anwar telah membuat jenayah serius dengan meliwat seorang lelaki.

“Perlu kita mengenepikan keadilan hanya kerana penjenayah itu seorang Ketua Pembangkang,” soal beliau.

Beliau turut membandingkan pada era reformasi lebih 100,000 peserta terlibat tetapi semalam cuma kira-kira 3,000 orang menyertai perhimpunan itu menunjukkan zaman Anwar telah berakhir.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori