Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Anwar Perlu Kota Janji...

DALAM sidang medianya selepas Mesyuarat Majlis Presiden tadi, Perdana Menteri masih mengekalkan Lim...

Juliana Evans Share Gambar...

TIMBUL desas-desus mengatakan pelakon Juliana Evans kini sudah bersedia untuk berkongsi kisah cintanya...

Tubuh J/kuasa Khas Kaji...

PUTRAJAYA - Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan meminda Akta...

Pengarah TV Dipecat Silap...

JAKARTA - Seorang pengarah eksekutif TV Pakistan dipecat gara-gara kesalahan ejaan ibu negara...

Peserta Lumba Lari Perempuan Dipaksa Pakai Seluar Pendek?

KUALA LUMPUR – Tindakan penganjur sebuah kejohanan sukan di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek semasa menyertai acara lumba jalan kaki bertentangan dengan syariat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, pelajar perempuan itu tidak semestinya perlu memakai seluar pendek semata-mata untuk memastikan pengadil perlawanan itu dapat melihat lengkukkan lutut peserta.

“Mengikut peraturan acara lumba jalan kaki, pengadil memerlukan untuk melihat lengkukkan lutut peserta untuk membezakan di antara berjalan kaki atau berlari.

“Cara yang paling mudah adalah dengan meminta peserta memakai seluar pendek. Ini bertentangan dengan syariat Islam khususnya peserta wanita Muslim. Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian berkenaan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Suhaizan berkata, pihak penganjur sepatutnya meminta pelajar perempuan terbabit memakai set lengkap ketat berwarna gelap dan berseluar pendek yang longgar.

Beliau semalam memaklumkan telah mengarahkan Pemuda PAS Johor membuat siasatan dan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat teguran.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori