Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Mahkota Ratu Ukraine Ditarik...

KIEV -  Ratu Ukraine telah dilucutkan gelarannya selepas wanita itu didapati mempunyai seorang...

Kes Rasuah: Rosmah, Ku...

KUALA LUMPUR - Bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas...

Snorkeling: Bahaya Jika Tak...

KUALA LUMPUR - Banyak syarikat pelancongan akan membuat anda berfikir bahawa snorkeling semudah...

Syazwan Zulkifly Lebih Terbuka...

AKTOR hitam manis Syazwan Zulkifly, selepas kemunculannya dalam siri drama Juvana yang disiarkan...

Petisyen Anwar Muncul Kembali Di Laman Web White House

Setelah seharian petisyen yang dibuat kepada pentadbiran Barrack Obama untuk menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan dari laman sesawang White House, kini ia muncul kembali.

Semalam, ahli parlimen pembangkang mempertikaikan tentang kegagalan mereka untuk mengakses petisyen tersebut di laman ‘We The People’ dan ada suara sumbang menuduh penglibatan Putrajaya.

[TERDAHULU: Petisyen FreeAnwar Dipadam Dari Laman Web Rumah Putih]

Setakat ini, petisyen tersebut telah mendapat lebih 108,000 tandatangan, yang mana ia telah mencapai syarat minimum untuk dibawa ke peringkat seterusnya, iaitu sebanyak 100,000 tandatangan.

Petisyen tersebut dimulakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R. Malott tak lama selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Ketua Pembangkang itu atas tuduhan liwat yang dilakukannya tujuh tahun lalu.

Dalam petisyen tersebut , ia menulis bahawa nada kecewa yang diluahkan pihak Amerika Syarikat terhadap pemenjaraan Anwar tidak mencukupi, dan menuduh tindakan tersebut sebagai tahanan politik.

Bukan itu sahaja, dalam petisyen tersebut turut mengatakan bahawa Anwar merupakan ‘rakan lama’ Amerika Syarikat, lantas White House perlu mengambil tindakan bagi membantu pembebasannya.

Untitled (8)


Selain itu, sebuah lagi petisyen turut dimuat naik ke laman tersebut bagi memohon pihak Amerika Syarikat menghormati kedaulatan Malaysia.

Ia merupakan reaksi terhadap tindakan White House yang dilihat cuba masuk campur dengan sistem kehakiman Malaysia setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes Liwat II.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Awani – Keluarga Anwar Kemuka Petisyen Pengampunan Agong

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori