Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPR Buka Permohonan Sebagai...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membuka permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan...

Ini Ke Model Kereta...

Model Kenari Baru Generasi ke-2 Akan Muncul: Perodua hilang dari sebarang khabar berita...

Polis Tahan Lelaki Cuba...

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki kerana merempuh sekatan jalan raya dan hampir...

Tindakan Spontan Penonton Luar...

Tindakan spontan orang ramai yang hadir menonton konsert seperti memeluk bukan menjadi bidang...

Piala AFC: Jepun Melangkah Ke Pusingan Akhir

PASUKAN Jepun mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun di Qatar selepas meraih kemenangan kedua pada aksi peringkat kelayakan kumpulan I.

Kemenangan 2-0 ke atas Vietnam di Stadium Shah Alam, malam semalam menyaksikan skuad kendalian Makoto Teguramori mara ke pusingan akhir susulan kemenangan besar 7-0 ke atas Macau pada aksi sulung kumpulan di venue yang sama, Jumaat lepas.

Babak awal separuh masa perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan seimbang dengan saling mengasak ke kubu masing-masing walaupun beraksi dalam padang yang becak akibat hujan sebelum itu.

Jepun terpaksa menunggu sehingga minit ke-42 untuk memecah kebuntuan menerusi sentuhan penyudah pemain tengah, Shoya Nakajima yang merembat masuk gol selepas berlaku kekalutan di depan pintu gol Vietnam dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, Jepun meningkatkan tempo permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Vietnam dan berjaya menambah gol menerusi Nakajima pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Bercakap kepada pemberita itu selepas perlawanan itu, Teguramori menyifatkan saingan separuh masa pertama agak sengit, ditambah keadaan padang yang becak.

Beliau memuji wira pasukan itu, Shoya Nakajima yang mampu menyesuaikan diri dengan pemain lain walaupun bermain di luar negara dan hanya mengikuti latihan pusat singkat bersama pasukan.

“Walaupun padang becak, tetapi perlawanan dengan Vietnam adalah baik dan kami berjaya mencapai satu lagi kemenangan,” katanya menerusi bantuan jurubahasa.


Mengenai perlawanan akhir kumpulan menentang Malaysia, Selasa ini, katanya beliau tidak memandang rendah kemampuan anak buah Razip Ismail melakukan kejutan manakala menuntut anak buahnya tidak mengambil mudah walaupun sudah menjejak kaki ke pusingan akhir.

“Malaysia mempunyai kelebihan di laman sendiri dan akan cuba mencari mata penuh…tetapi kami berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan di sini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Vietnam, Toshiya Miura berkata, peluang pasukannya dan Malaysia adalah seimbang untuk ke pusingan akhir selepas masing-masing mencatatkan satu kemenangan dan satu kalah.

“Hanya jaringan besar pada perlawanan terakhir kumpulan Selasa ini akan mengiringi Jepun ke pusingan akhir,” katanya.

Vietnam akan menentang pasukan tercorot kumpulan, Macau manakala Malaysia berdepan dengan Jepun.

Mengikut format pertandingan, juara kumpulan dan lima pasukan kedua terbaik dalam 10 kumpulan pusingan kelayakan akan layak ke pusingan akhir di Qatar, Januari tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori