Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dasar Wasatiyyah Disebar Luas...

BESUT - Langkah strategik sedang dilakukan dalam menyiapkan satu dasar wasatiyyah sebelum disebarluaskan...

Pekan Bekenu Nanti Khabar...

MIRI - Lawatan rasmi dua hari Datuk Seri Najib Tun Razak ke utara...

KPT Bangunkan EduData Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan platform EduData bagi membekalkan...

Tuah Aksi Ke-100 Suarez...

CEMERLANG - Luis Suarez mencatat sejarah pada aksi ke-100 dirinya bersama-sama Uruguay apabila...

Piala FA: Pahang Sekat JDT Ke Pusingan Ketiga

JUARA bertahan Pahang meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 1-1 pada aksi pusingan kedua di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Seawal babak pertama perlawanan, skuad tuan rumah dilihat lebih garang dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah kubu lawan, bagaimanapun ia berjaya diserap dengan baik oleh JDT.

Namun pada minit ke-20, Pahang akhirnya berjaya merobek gawang JDT menerusi Matias Conti yang menanduk kencang untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias selepas pemain dari Argentina itu menerima hantaran cantik Dickson Nwakaeme .

Pada minit ke-38 serangan yang diatur pasukan Harimau Selatan itu hampir memperolehi gol penyamaan bagaimanapun tandukan penyudah oleh Mohamad Fadli Mohd Shas gagal menepati sasaran.

Separuh masa kedua, serangan bertali arus skuad Tok Gajah hampir menambah jaringan pada minit ke-49 namun rembatan deras Mohd Fauzi Rozlan dari dalam kotak penalti berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pelawat, Mohd Farizal Marlias.

Semangat juang pemain JDT ternyata tidak mudah luntur yang berjaya bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-80 menerusi rembatan Hariss Harun hasil dari hantaran sepakan sudut Mohd Nazrin Mohd Nawi.


Tersentak dengan jaringan, Pahang berusaha bangkit menerusi Nwakaeme, namun sepakan dari dalam kotak penalti yang dilakukan oleh pemain itu hanya meleret melepasi tiang gol lima minit sebelum wisel penamat masa penuh perlawanan ditiup oleh pengadil perlawanan.

Kerancakan perlawanan kemudian terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas 30 minit masa tambahan tetap gagal membuahkan hasil.

Pahang kemudian berjaya melengkapkan kemenangan selepas berjaya menyempurnakan empat sepakan penalti oleh Matias Ruben Conti, Damion Delano Stewart, Zeshan Rehman dan Mohd Razman Roslan.

JDT hanya mampu meledakkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Mohd Safee Mohd Sali dan Hariss Harun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori