Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 1,000 Mangsa Banjir...

SHAH ALAM : Seramai 1,112 mangsa banjir melibatkan 263 keluarga dipindahkan ke sembilan...

Wajib Ada Lesen Khas...

PUTRAJAYA - Semua agensi pelancongan yang ingin mengendalikan pakej umrah perlu mempunyai lesen...

PRU14: Azizah Sedia Galas...

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun bersedia menggalas...

Video: Pengguna E-Skuter Nyaris...

KUS semangat... Seorang pengguna e-skuter di Singapura nyaris dilanggar sebuah van sebelum sempat...

Pimpinan PAS Perlu Perubahan: Nizar

ALOR SETAR – Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi PAS sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya.

“Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-41 Kawasan Kuala Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Ahmad Yakob dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Abdul Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.

Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.


“Bila Pas berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu,” katanya.

Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang menegaskan Pas meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron katanya.

Nizar berkata pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam PAS iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori