Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Adib Masih Dalam Van...

SHAH ALAM - Muhammad Adib Mohd. Kassim masih berada di dalam van Bantuan...

Dua Bot Nelayan Tempatan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu...

Bantahan Malaysia Isu Diskriminasi...

KUALA LUMPUR - Malaysia mendapat sokongan daripada beberapa negara utama Kesatuan Eropah (EU)...

SPRM Tahan Kakitangan Pejabat...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang kakitangan Pejabat Belia...

PKR Mahu Dapat 1 Juta Tandatangan Sebelum 1 Mei

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu mendapatkan satu juta tandatangan orang ramai sebelum 1 Mei ini untuk memohon pengampunan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Yang Di Pertuan Agong.

Pengerusi Kempen Satu Juta Tandatangan Bebaskan Anwar, Fahmi Zainol mendakwa, tandatangan itu diperlukan sebagai tanda rakyat Malaysia mempertahankan prinsip keadilan dan demokrasi.

“Saya menyeru rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan komuniti menyokong kempen tandatangan inisiatif rakyat ini.

“Setiap orang cuma perlu mengutip 10 tandatangan dan faks ke 03-79549202 atau hantar ke-emel [email protected] atau hantar ke alamat sekretariat No 11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR dihukum penjara di atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan


Fahmi berkata, satu ‘mock up’ penjara turut didirikan di depan penjara Sungai Buloh dan 100 pemimpin masyarakat akan diminta untuk tinggal di dalamnya selama 24 jam untuk mengetahui rasa kehilangan kebebasan.

Katanya, antara pertubuhan yang telah menyertai kempen itu adalah Himpunan Hijau, `Teoh Beng Hock Trust for Democracy’, Anak Muda Harapan Malaysia, Engage, KLSCAH Youth Section, Lensa Anak Muda Malaysia, Mipas, Shield, KL Tak Nak Insinerator, `Perak Green Pioneers’, `Rights Foundation’ dan `Old Pa Old Ma Reform movement’.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori